Mari BERSUKAN..

Macam biasa..setiap pagi hari Rabu, pasti mengajar Pendidikan Jasmani. Ustazah pun boleh ajar PJ tau. InsyaAllah…

Kalau tak turun padang, maka bersuaralah anak-anak kecil, murid tahun 4 ni. “Ustazah, jomla turun padang…kami nak main..”..Walaupun mereka bukan Islam, tapi aku sentiasa memastikan mereka memakai seluar panjang..kalau pakai seluar pendek kena hukum. Tak boleh main di padang!! Begitu ‘strict’ aku dengan mereka. Alhmdulillah mereka ikut. Bukan apa, takut jatuh kat padang masa main. Nanti ustazah jugak yang susah. Sambil-sambil tu, selitkan ajaran Islam, kena tutup aurat, at least lutut kena tutup. Itulah sebenarnya niatku.

Seronok melihat telatah mereka di padang. Ada yang dalam kelas pasif sangat. tapi di padang, bertukar watak mereka. Bukan main seronok lagi..

Kalau time melompat xdelah ustazah nya melompat2 kat tengah padang. Cukuplah sekadar murid yang mengetuai. Kaedah pengajaran di padang banyak berpusatkan murid. Guru hanya sebagai monitor dan menjaga keselamatan murid-murid. Kita perlu kawal mereka, terutamanya yang hiperaktif. Lain disuruh lain dibuatnya. Sebab tu kena sabar melayan karenah anak-anak murid ni…

 

Bersama murid-murid tahun 4 SK Udin…selepas bermain di padang la ni…Bukan main sangatla..Cuma acara sukaneka antara kumpulan je. Bagi peluang pada murid belajar di luar kelas. Seronok melihat mereka participate dalam setiap aktiviti. Hati seorang guru akan gembira apabila murid mendengar kata dan mengamalkan apa yang dipelajari. Nampak je subjek PJ xde ape. Namun simbolik di sebalik setiap akitiviti jika diselitkan unsur-unsur pembinaan diri dan syakhsiah..pasti murid akan dapat sesuatu…bukan sekadar peluh bermain di padang…Itulah yang sentiasa aku sematkan dalam jiwa mereka. Peringatan..peringatan…peringatan sentiasa ku berikan…biar mereka boring aku bercakap mengenai sikap, adab dan sebagainya. Moga suatu hari mereka mengerti bahawa akan sentiasa mahukan mereka berjaya dan menjadi orang yang berguna. Bukan sekadar lulus di atas sijil sahaja.

Para sahabat yang bergelar guru, pensyarah, pendidik, dan golongan yang sentiasa terlibat dengan dunia pendidikan dan pembangunan jiwa manusia, teruskanlah usaha…Mungkin natijahnya bukan sekarang..tetapi apabila kita sudah tiada nanti…

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila mati anak Adam, maka terputuslah semua hal kecuali 3 perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan ank2 yang soleh.”.

Moga amalan anak-anak didik kita secara berterusan mampu menyelamatkan kita dari azab api neraka kela, amin.. Inilah manisnya beribadah sebagai seorang pendidik…

 

HIDUP PEJUANG!!!

HIDUP PEJUANG…

Hidup pejuang bukanlah ditaburi permata

Bukan jua dipuji dan dipuja

Malah bukan jua berasa senang dan selesa

Lantaran pilihan hidupnya sebagai mujahid muda

Meletakkan maqasid umurnya hanya pada Pencipta

Masa pejuang diisi dengan zikrullah

Meskipun dalam penat lelah

Tetap terus beramal ibadah

Dan sentiasa menjaga ruhiyyah

Lalu dia menjadi pejuang yang kuat dan tabah

Dalam mengharungi segala mehna h

Dirinya terpancar izzah

Lantaran keindahan kalam yang dimadah

Yang mampu mengubat hati yang gundah

Malah yang lalai dari Allah

Kembali ke jalan yang terarah

 

Akhlaq pejuang sangat indah

Natijah mencontohi Rasulullah dan para sahabah

Tidah pernah merungut bila diarah

Malah sentiasa meletakkan tadhiyah

Sebagai aplikasi berhemat

Ithar jua sentiasa disemat

Meskipun mampu sekadar ‘salamatus sadr’

Sedarlah wahai pejuang sekalian

‘Tanggungjawab lebih banyak dari masa’ yang diperuntukkan

Lantaran taklifan bukan tasyrifan

Ia amanah yang patut digenggam

Biar membara lestari memekar

Selamanya meletakkan jihad yang agung

Meletakkan Islam  di pasak yang terunggul

Pasti kan terbina Daulah Islamiyyah yang syumul

Kerana Allah telah menjanjikan

Islam itu yang teragung

Dan tiada yang lebih tertinggi dan teragung

Melainkan Deenul Islam yang akan dijunjung

Moga iakan tetap terus terbela

Kerana itulah janji Pencipta Yang Esa…

 (Quranic generation_82 / 080205 / 7:02pm)

“Tersiar di radio IKIM.FM pada 22/08/05.

 Slot NUKILAN, Hari Isnin, pukul 10.45pm.

 Lagu iringan –lagu PERJUANGAN, dan 1 lagu mestica”.

 

 

 

 

BERBAKTI DI BUMI KENYALANG…

Akhir 2007..selepas habis maktab…baru je sampai rumah…terus dapat surat posting ke Sarawak.Wa…jauhnye….hati mak dah risau…yela mak mane x risau anak perempuan kesayangannya akan bekerja nun jauh di sana. Namun ku kuatkan semangat dengan berkat doa ibu, ayah dan ahli keluargaku..alhamdulillah semua urusan di sini mudah. Tidaklah seperti apa yang aku sangka. Risau juga kalau diletak di pedalaman sangat..setelah mengetahui apa yang telah berlaku pd sahabat j-qaf kita tahun lepas. na’uzubillah..Pesanan mak dan bapak supaya sentiasa mengamalkan zikir akan ku semat dalam hati ni. Apa2 pun kena sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hati tidak kira di mana pun..Ingat Allah selalu.

Inilah sekolah tempatku mengajar…SK Udin di Bayong, Sarikei

Cantik juga sekolah ni…cuma sekolah kayu…bukanlah sekolah batu mcm di bandar tu…majoriti murid-murid di sini Iban..murid Islam 6 orang je. Walaupun ramai yang kata…”wah bestnye ngajar agama 5 orang je”. Namun hakikatnya mereka perlu diajar dari basic. sebab belum pernah ada guru agama yang mengajar di sekolah itu. Yang x pnh mengucap, baca quran, solat…memang ada…wah!!!tanggungjawab besar ni..tak boleh main2…

Suci je wajah mereka. Tahun ini baru mereka dpt belajar agama. Ada guru yg bercerita, sebelum kehadiranku di situ, murid Islam perempuan mmg x pakai tudung. Bile tau je akn ade guru agama, terus mereka diarahkan pakai tudung..alhamdulillah..wajah-wajah mereka inilah yang menguatkan semangatku untuk menanam ilmu-ilmu asas agama. Rasa kesian sangat sebab Islam x sampai pada mereka terutamanya yg duduk di rumah panjang..

Ni la banguan utama sekolah…satu baris ni ade 5 kelas, pejabat guru besar, dan bilik guru.Murid x ramai pun..dalam 100 lebih je..kategori SKM (Sekolah Kurang Murid). Guru pun 13 orang sahaja. Setiap tahun, kami bukan target murid dapat A dalm UPSR. tapi cukuplah sekadar lulus sudah membahagiakan hati guru-guru di sini.

Inilah sedikit sebanyak pengenalan di sekolah tempatku mengajar. Agak mencabar bagi diriku namun inilah peluang untuk mencari pengalaman dan merantau di negeri orang. Kadangkala masalah komunikasi juga berlaku kerana pengusaan Bahasa Melayu mereka masih lemah. Memang kena belajar dan faham bahasa Iban sikit2 dan alhamdulillah setakat ni tiada masalah.

Kepada sahabat2 dari semenanjung yang juga bertugas di sini, terutamanya GPI (Guru Pendidikan Islam) dan J-qaf, teruskan berbakti. Khidmat kita diperlukan sangat di sini agar sinar Islam terus menyinar di bumi kenyalang ini.

HADITH RASULLULLAH S.A.W MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. 

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. 

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t. 

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 

AL-FATIHAH KHAS BUAT ARWAH ABANGKU..

 

Perkara yang paling menyedihkan dalam keluargaku telah berlaku dalam bulan ini. Abang yang ku sayangi, Abang Rosli telah kembali ke rahmatullah pada 4 Mei 2008. Setelah mendapat berita pada subuh hari, aku terus pulang ke Semenanjung dengan membeli tiket emergency.

Tidak ku sangka rupa-rupanya arwah Abang Rosli menghantarku ke KLIA semasa aku nak ke Sarawak inilah pertemuan yang terakhir. Tidak ku sangka Allah menjemput dirinya begitu cepat tanpa sebarang petanda. Begitulah takdir Allah…Kita yang lain ini pun akan pergi dijemput Allah juga. Seminggu aku bercuti di Semenanjung menguruskan urusan arwah bersama kakak iparku yang sangat tabah dan kuat. Selama seminggu ini jugalah aku menolong kakak iparku menjaga anak-anak saudara yang maish kecil dan memerlukan perhatian terutamanya Shukri, 2 thn lebih dan Najwa, 4 bulan…Sayu melihat muka mereka yang tidak mengerti apa-apa bahawa ayah mereka sudah pergi ke alam abadi.

Al-fatihah buat arwah.

Pemergianmu sangat dirasai oleh semua insan yang mengenalimu. Dalam keluarga, kaulah yang paling suka menolong adik-beradik..Tidak pernah kau tolak dan memberi alasan pada permintaan adik-beradikmu yang lain. Emak dan bapak memang terasa sangat pemergianmu kerana siapa yang boleh ganti dirimu yang soleh itu. Aku yakin ibuku pun sudah bolah terima kerana abang pergi dalam keadaan yang baik dan telah menjadi anak yang soleh kepada mereka. Mampukah aku mencontohi abangku ini? Dari segi latar belakang pelajaran, arwah biasa saja..tapi dari segi akhlak dan soleh dengan mak dan bapak…you are the no. 1…Di rumah pula, kau suami dan ayah yang mithali. Sebab itu kakak ipar terasa sangat2 di atas pemergianmu. Baru lapan tahun mengecap kebahagiaan bersama-sama dengan kehadiran 4 orang cahaya mata…3 lelaki dan 1 orang bayi perempuan yang comel…akhirnya kau pergi jua…Kau pergi dalam keadaan tidak menyusahkan org lain…Banyak urusan sudah kau selesaikan. Seolah-olah kau sudah bersedia untuk meninggalkan kami semua.

Di pejabat, sebagai seorang pembantu tadbir, kanan bahagian Sumber Manusia di SIRIM, kau sangat cekap membuat kerja. Setelah kau pergi barulah aku ketahui bahawa kau sangat disanjungi dan disenangi oleh rakan-rakan sekerja dan juga pegawai atasan. Di hari kau pergi, semua CEO dan pegawai-pegawai semua hadir…Sumbangan dari semua pihak untuk anak-anakmu tidak putus setiap hari sehingga hampir mencecah puluhan ribu… Subhanallah…Aku yang menolong mengira duit sumbangan tersebut menggigil-gigil memegang duit yang banyak…Semua ini dari siapa? Semuanya dari Allah SWT yang menggerakkan hati hamba-hambaNya yang terpilih untuk menderma kepada kakak iparku dan anak-anak saudaraku yang sudah jadi anak yatim….

Di kampung, kau juga dikenali dengan seorang yang sangat peramah dan sangat aktif dalam menguruskan program surau di kampung. Kau sentiasa dikenali sebagai menantu haji Khamsin yang soleh..alhamdulillah..

Moga ruhmu sentiasa dirahmati Allah..dan dirimu tergolong dalam golongan syuhda’ dan para solihin…amin..