BERBAKTI DI BUMI KENYALANG…

Akhir 2007..selepas habis maktab…baru je sampai rumah…terus dapat surat posting ke Sarawak.Wa…jauhnye….hati mak dah risau…yela mak mane x risau anak perempuan kesayangannya akan bekerja nun jauh di sana. Namun ku kuatkan semangat dengan berkat doa ibu, ayah dan ahli keluargaku..alhamdulillah semua urusan di sini mudah. Tidaklah seperti apa yang aku sangka. Risau juga kalau diletak di pedalaman sangat..setelah mengetahui apa yang telah berlaku pd sahabat j-qaf kita tahun lepas. na’uzubillah..Pesanan mak dan bapak supaya sentiasa mengamalkan zikir akan ku semat dalam hati ni. Apa2 pun kena sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hati tidak kira di mana pun..Ingat Allah selalu.

Inilah sekolah tempatku mengajar…SK Udin di Bayong, Sarikei

Cantik juga sekolah ni…cuma sekolah kayu…bukanlah sekolah batu mcm di bandar tu…majoriti murid-murid di sini Iban..murid Islam 6 orang je. Walaupun ramai yang kata…”wah bestnye ngajar agama 5 orang je”. Namun hakikatnya mereka perlu diajar dari basic. sebab belum pernah ada guru agama yang mengajar di sekolah itu. Yang x pnh mengucap, baca quran, solat…memang ada…wah!!!tanggungjawab besar ni..tak boleh main2…

Suci je wajah mereka. Tahun ini baru mereka dpt belajar agama. Ada guru yg bercerita, sebelum kehadiranku di situ, murid Islam perempuan mmg x pakai tudung. Bile tau je akn ade guru agama, terus mereka diarahkan pakai tudung..alhamdulillah..wajah-wajah mereka inilah yang menguatkan semangatku untuk menanam ilmu-ilmu asas agama. Rasa kesian sangat sebab Islam x sampai pada mereka terutamanya yg duduk di rumah panjang..

Ni la banguan utama sekolah…satu baris ni ade 5 kelas, pejabat guru besar, dan bilik guru.Murid x ramai pun..dalam 100 lebih je..kategori SKM (Sekolah Kurang Murid). Guru pun 13 orang sahaja. Setiap tahun, kami bukan target murid dapat A dalm UPSR. tapi cukuplah sekadar lulus sudah membahagiakan hati guru-guru di sini.

Inilah sedikit sebanyak pengenalan di sekolah tempatku mengajar. Agak mencabar bagi diriku namun inilah peluang untuk mencari pengalaman dan merantau di negeri orang. Kadangkala masalah komunikasi juga berlaku kerana pengusaan Bahasa Melayu mereka masih lemah. Memang kena belajar dan faham bahasa Iban sikit2 dan alhamdulillah setakat ni tiada masalah.

Kepada sahabat2 dari semenanjung yang juga bertugas di sini, terutamanya GPI (Guru Pendidikan Islam) dan J-qaf, teruskan berbakti. Khidmat kita diperlukan sangat di sini agar sinar Islam terus menyinar di bumi kenyalang ini.

6 thoughts on “BERBAKTI DI BUMI KENYALANG…

  1. assalamualaikum, k.jem

    what a nice new blog! seronok baca pengalaman akk.. moga2 Allah berikan kekuatan kpd kita smua demi memartabatkan syiarNYa, walau di manapun kita berada, walau siapa pun kita di mata manusia.. siiruu ‘ala barokatillah!

  2. jamilah82

    thank u ac..
    thanks sbb sudi jenguk..
    rajin2la jenguk selalu…
    teruskan perjuangan..
    all the best k..doakan akak…

  3. slm k.jem…wah dah ade blog!nice!bagus2…keep it up k..!

    ooo..k.jem dh keje kt s’wak nun jauh di sana ke..alhmdllh bdk2 tu dpt cikgu yg baik hati mcm k.jem ni..teruskan mendidik anak bangsa menjadi insan mulia..berjaya dunia akhirat..

  4. A’kum, saya terbaca komen menarik ustazah dlm web ust hasrizal, jadi saya pun cuba jenguk blog ustazah ini.

    Apapun, tahniah kerana dicampakkan oleh Allah ke bumi kenyalang sebagai pendidik merangkap pendakwah sepenuh masa di sana.

    Teruskan berkongsi pengalaman mendidik di sana melalui siber ini.

    Sambil2 tu jenguk2lah catatan mendidik di blog saya, syukran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s