ERTI HARI GURU

Sudah hampir 4 tahun diriku menjadi insan bergelar guru….Cabaran semakin mencabar apatah lagi mengajar di kawasan luar bandar…Nak dikatakan pedalaman tidak boleh juga sebab masih lagi cukup kemudahan asas seperti air dan elektrik…yg bermasalah cuma line ‘telepohone’…itupun alhamdulillah la masih dpt menghubungi insan yang tersayang wlopun hanya 1 atau 2 ‘bar’ sahaja…Dan tahun ini adalah tahun ke-4 saya menyambut hari guru. Moga ianya terus memberi semangat untuk saya terus mendidik anak bangsa walaupun terpaksa berkorban berjauhan dengan suami ketika ini. Namun doa tetapku panjatkan moga pengorbanan ini berbaloi apabila melihat anak-anak didikku menjadi insan yang berguna dan berakhlaq serta berjasa kepada agama, bangsa dan negara suatu hari nanti…

Berbalik kepada persoalan hari guru, tugas guru adalah tugas yang mulia…kita menjadi seperti kita hari ini juga adalah kerana hasil didikan barisan guru dari kita sekolah tadika sehingga habis belajar di universiti. Saya ingin ambil semula isi penting dari blog ini juga dalam tajuk, “Mu’allim, Murabbi dan Muaddib..”

Sebenarnya, guru bukan sekadar mua’llim saja malah konsep yang sebenarnya dalam Islam ialah guru juga sebagai Muaddib, Murabbi, Mudarris…Peranannya nampak sama saja iaitu mengajar…namun hakikat yang sebenarnya ialah muaddib ialah pendidik yang mengajar mengenai akhlah dan sakhsiah murid..begitu juga mudarris sebagai pengajar ilmu yang dikuasainya….selain murabbi….yang memberi tarbiyah kepada anak didik dari segi ruhani dan jasmani..

Sebagai muhasabah untuk diri sendiri juga, saya selalu memikirkan sejauh mana saya menjalankan amanah yang telah digalas selama ini..Untuk mengajar memang senang, tetapi untuk membentuk akhlaq murid sangat memerlukan masa…dan tidak boleh putus asa..Kesabaran dan peringatan yang berterusan sangatlah perlu dalam mentarbiyyah anak-anak murid kita.

Kepada semua sahabat-sahabatku yang bergelar guru termasuk suamiku yang tersayang yang juga bergelar pendidik di sebuah sekolah tahfiz swasta di ibu kota, laksanakanlah amanah dengan seikhlas hati….Hanya guru yang ikhlas dapat melahirkan anak didik yang berjaya dan berguna serta mengamalkan apa yang dipelajari..

Advertisements

TEKA-TEKI IMAM GHAZALI

Ada 6 soalan teka-teki Imam Ghazali yang anda perlu jawab ;

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?

Marilah kita renungi jawapannya berdasarkan cerita berikut;

Pada suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al-Ghazali bertanya….

Soalan yang pertama,”Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.

Murid-muridnya menjawab “orang tua,guru,kawan dan sahabatnya”. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “MATI”. Sebab itu memang  janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran:185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua…. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”.

Murid – muridnya menjawab “Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang”. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “MASA LALU”. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus manfaatkan hari ini dengan sebaik-baiknya dan sentiasa memastikan bahawa hari-hari yang akan datang adalah yang terbaik dan cemerlang untuk kita.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga….
“Apa yang paling besar di dunia ini?”. Murid-muridnya menjawab “gunung, bumi dan matahari”. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “NAFSU” (Al-A’Raf:179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita dan  jangan sampai nafsu menjerumuskan diri kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, “Apa yang paling berat di dunia ini?”.
Ada yang menjawab “besi dan gajah”. Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “MEMEGANG AMANAH” (Al-Ahzab:72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mahu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini kerana tidak sanggup menerima taklifan itu. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup memenuhi permintaan Allah SWT, sehingga ramai  manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Ada yang menjawab “kapas, angin, debu dan daun-daunan”. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah “MENINGGALKAN SOLAT”. Kadangkala, terlampau sibuk dengan kerja dan urusan harian yang lain sehingga ada yang memandang ringan terhadap solat.

Dan pertanyaan keenam adalah, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?”
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, “pedang”. Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “LIDAH MANUSIA” kerana melalui lidah, manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Lihatlah betapa kerdilnya diri kita kerana kita adalah makhluk ciptaan Allah Yang Maha Agung. Hakikatnya Allah tidak memerlukan kita dan tidak bersa rugi pun jika kita tidak kembali kepadaNya. Namun hakikat yang sebenar-benarnya ialah kita yang memerlukan Allah sebagai Pelindung dan Pemberi kepada apa yang kita mohon. Alangkah malunya kita jika kita hanya banyak meminta tetapi hubungan kita dengan Allah langsung tidak diperbaiki. Nafsu, mati, menjaga amanah, meninggalkan solat…itu semualah yang sedang berlaku di sekeliling kita. Moga-moga kita mendapat iktibar dan pengajaran untuk kehidupan seharian.

 

KONSEP REZEKI

Saya ingin berkongsi dari hasil pembacaan saya dari buku “Rancang Hidup Rancang Wang” ditulis oleh Encik Haron Mohd Yusof mengenai konsep rezeki…

Memandangkan saya baru saja melangkah ke alam perkahwinan, jadi sangat pentinglah untuk saya memahami konsep rezeki kerana apabila sudah berkahwin, maka komitmen dalam pengurusan kewangan semakin bertambah..

Apa yang ingin saya kongsikan ialah berkaitan dengan keyakinan kita terhadap rezeki Allah SWT. Dengan syarat kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakkal…pasti ade rezki kita yang penting jangan putus asa..Kadangkala duit kita memang cukup-cukup untuk sebulan lantaran banyak benda yang perlu dibeli dan dibayar…Tapi bersyukurlah kerana masih lagi mempunyai perbelanjaan yang cukup berbanding dengan langsung tiada..

Okey..mari kita sama-sama fahami konsep Rezeki..

1) Sembahyang Dhuha Pembuka Rezeki.

Fahamilah sahabat-sahabat sesibuk mana pun kita cubalah curi masa untuk solat Dhuha semasa ada ruang waktu rehat dari bekerja@belajar…Sesiapa yang rajin solat Dhuha akan merasai kesan dalam hidupnya terutamanya berkaitan dengan rezeki yang tidak disangka-sangka…

Peranan sembahyang Dhuha ialah kita akan berdoa dan menyerahkan diri kepada Allah agar diberi rezeki yang melimpah. Selain itu, ia juga akan memberikan ketenangan di dalam mencari rezeki, terutama pada masa yang mencabar buat kita.

2) Sedekah Pembuka Rezeki

Jika kita rajin bersedekah walaupun dalam keadaan cukup-cukup makan saja, nescaya Allah akan melimpah gandakan rezeki kita. Amalan suka bersedekah sebenarnya memberi ketenangan jiwa, mendapat keredhaan dan janji Allah untuk menambahkan pahala dan memperolehi kesejahteraan hidup. Jadi, sesiapa yang ingin menambah rezeki, rajin-rajinlah bersedekah. Contohnya, jika ada masak cucur @ orang Jawa panggil ‘jompot’ lebih sikit, bolehla sedekah pada jiran sebelah. Nampak saja walaupun kecil, tapi jika niat ikhlas kerana Allah Ta’ala..insya-Allah akan mendapat keberkatan dan ganjaran di sisi Allah..

3) Istighfar dan Taubat Menambah Rezeki

Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa memperbanyak membaca istighfar, maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak dia sangka”.

Oleh itu, jika ingin rezeki kita sentiasa bertambah, maka banyak-banyakkanlah istighfar dan bertaubat. Insya-Allah kita akan memperoleh rezeki dengan mudah dan cepat.

4) Bertakwalah, Rezeki akan Datang

Sahabat-sahabat sekalian, sifat takqwa akan menahan diri kita dari melakukan dosa dengan meninggalkan larangan dan berusaha meninggalkan perkara harus. Contoh paling ‘simple’ ialah dengan mujahadah untuk makan sesuatu yang betul-betul dari sumber yang halal. Jika kita benar-benar menjaga, Insya-Allah keberkatan akan datang jua dalam kehidupan kita. Kekuatan taqwa dan rezeki di sini ialah pemberian Allah dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan ini akan menambah keimanan bagi mereka yang memerhatikan kekuasaan Allah..

5) Jangan Lupa Bertawakal.

Setelah berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh maka janganlah kita lupa untuk bertawakkal kepada Allah SWT. Tawakkal kepada Allah ialah keyakinan bahawa setiap apa yang diterima di dunia ini sama ada kekayaan atau kemiskinan, sakit atau sihat, hidup atau mati dan segala-galanya adalah daripada Allah. Ia akan memberi ketenangan kerana kita telah berusaha sepenuh tenaga. Natijahnya, kita tidak akan kecewa walaupun kadangkala pulangan yang kita harapkan tidak berapa berjaya.

6) Pembuka rezeki Yang Lain.

Amalan-amalan lain yang boleh kita lakukan bagi memudahkan rezeki terbuka ialah;

– Beribadah kepada Allah dengan sepenuhnya.

– Membina silaturrahim.

– Berinfaq di jalan Allah.

– Mengeluarkan zakat.

– Melaksanakan haji dan umrah.

– Memberi nafkah kepada orang yang sepenuhnya menuntut ilmu Syariat atau agama.

– Berbuat baik kepada orang yang lemah.

– Berhijrah di jalan Allah.

– Berdakwah dan berjihad di jalan Allah.

– Berdoa dengan doa-doa yang ma’thur.

Rasanya setakat ini dululah yang dapat saya kongsikan setelah hampir setengah tahun blog saya ni bersawang…macam-macam pengalaman baru yang saya lalui setelah melangkah ke alam perkahwinan…Doakan kebahagiaan kami dan doakan juga moga kami sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki, Amin…

SALAM MAULIDURRASUL 1431H

Alhamdulillah kesyukuran dirafa’kan kehadrat Allah SWT kerana mengizinkan saya untuk meng’update’ blog yang sudah hampir setengah tahun tidak saya usik. Memandangkan kesibukan tugasan harian sebagai guru dan hal-hal lain dan juga penyediaan diri untuk berpindah ke alam perkahwinan….dan setelah bersama dengan orang yang tersayang..juga sibuk dengan urusan yang pelbagai….Begitulah lumrah kehidupan…Saya ingin memohon maaf kepada pembaca blog ini kerana melihat blog saya sudah lama tiada perubahan….

Jadi, pada malam ini, sempena Maulidurrasul, saya mengambil kesempatan untuk memastikan diri saya dapat mencatat sesuatu yang terbaru sebagai pesanan untuk diri ini dan juga sahabat-sahabat…

Berkurun lama Rasulullah SAW sudah meninggalkan kita namun syiar Islam masih terus syumul di segenap alam sarwajagat.

Benarlah maksud firman Allah : “Dan tidak aku utuskan engkau (Nabi Muhammad) melainkan sebagai rahmat ke sekian alam”….

Di sana-sini orang menyambut Malulidurrasul dengan pelbagai cara. Ada yang membuat ceramah, majlis perarakan, pertandingan marhaban dan bernasyid….dan sebagainya….Semuanya bertujuan untuk mengingati Hari Kebesaran Kelahiran Nabi Junjungan Besar yang sentiasa kita rindui iaitu Nabi Muhammad SAW. Apa jua pun cara, asalkan seiring dengan Syariah Allah.

Cara untuk menunjukkan kita cinta dan sayang pada Nabi Muhammad SAW :

1) Belajar, Hayati, Amalkan dan Sebarkan isi kandungan Al-Quran dan sunnah.

Di antara tanda-tanda mencintai Rasulullah adalah mencintai Al-Qur’an yang diturunkan kepadanya dan baginda SAW mengambil petunjuk, membimbing [manusia] dengannya serta berakhlak dengannya, sehingga ‘Aisyah menyatakan: “Sesungguhnya akhlak baginda s.a.w. adalah al-Qur’an.” – Hadis Riwayat Muslim, no: 1233.

2) Banyakkan selawat.

Firman Allah SWT : “Sesungguhnya Allah dan Malaikat berselawat ke atas Nabi. Oleh itu, wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penuh kehormatan.” (Surah Al-Ahzab:56)

3) Rajin bercerita mengenai Sirah Nabi SAW.

Pada masa sekarang ini, penghayatan terhadap sirah Nabi masih kurang terutamanya di kalangan kanak-kanak. Jadi, kita perlu hidupkan semula supaya penghayatan terhadap sirah Nabi dari perjalanannya dari lahir sehinggalah baginda wafat. Semunya penuh dengan ibrah dan ‘izot (pengajaran dan peringatan).

4) Membenci golongan yang dibenci Nabi Muhammad SAW.

Firman ALLAH S.W.T.

“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) ALLAH dan Rasul-NYA, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, ALLAH telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripada-NYA; dan DIA akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. ALLAH redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-NYA. Merekalah penyokong-penyokong (agama) ALLAH. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) ALLAH itu ialah orang-orang yang berjaya.” – Surah Al-Mujadaalah: 22

Begitulah sebahagian dari banyak cara untuk mencintai dan menyayangi Nabi Muhammad SAW.

VISI SUCI : BAHAGIA DAN TENANG?

” KEBAHAGIAAN ITU BUKANLAH TERLETAK PADA NASAB,

KETURUNAN DAN HARTA, AKAN TETAPI KEBAHAGIAAN ITU

TERLETAK PADA AGAMA, ILMU, AKHLAK, KEMAHIRAN DAN KECERDASAN”

– dipetik dari “KEBAHAGIAAN ADA PADA DIRI ANDA : Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni” –

Sama-sama kita renungi kembali diri kita, apakah matlamat kita di dunia ini? Bahagiakah kita selama ini??? Bekerja siang dan malam…berehat hanya sebentar, sehingga kadangkala masa yang berlalu begitu pantas tidak kita sedari. Dapat gaji, kumpul duit, belanja barang keperluan, bayar bil, bayar kereta, dll…..itu sajakah urusan kita?apa yang kita mahu sebenarnya?

Jawapannya ialah…kita mahukan As-Sa’adah…KEBAHAGIAAN..Namun, cukup bahagiakah kita ketika ini? Dengan apa yang sudah ada…memadai dan cukupkah? Harta, keturunan, nasab memang penting. Tetapi itu bukanlah ukuran yang sebenar-benarnya. Kerana….ada orang punya harta yang banyak, tetapi hatinya miskin, hatinya sakit…lantaran harta yang melimpah ruah itu tidak digunakan untuk Fisabilillah dan mengabdikan diri kepada Allah…

Padaku, aku bahagia dan bersyukur kerana mempunyai harta yang sungguh bernilai iaitu ahli keluarga yang amat ku sayangi…Alhamdulillah, hidup dalam keadaan sederhana…berkat didikan dan kesabaran ibu dan ayah kami yang tercinta…

mak-dan-bapak – Bahagia dan tenangnya hatiku melihat wajah bonda&ayahanda tercinta

dapat menunaikan Rukum Iman ke-6 berkat rezki kami sekeluarga… alhamdulillah –

Hatiku juga tenang dan bahagia melihat wajah seluruh ahli keluargaku yang besar, alhamdulillah…

k.idahkakak yang sulung….Kak idah&A.Dini dan family tersayang….

Terima kasih kerana menjadi kakak yang banyak berkorban untuk kami semua adik-beradik….

a.dinAbangku yang sulung (anak ke-2)..A.Din&K.Long dan family yang tercinta…

Terima kasih kerana banyak bersabar dengan karenah adikmu ini….terima kasih atas segala-galanya..

a.esan1Abangku yang ke-2….A.Ekhsan&K.Laili…..Terima kasih kerana banyak membantu diriku ini…

arwah-aros Abangku yang ke-3..Arwah Abang Rosli….Al-Fatihah…Kini hampir genap setahun pemergian arwah…kalif1Isteri Arwah..Kak Alif dan anak-anak tersayang..moga tabah dan tenang selalu…..

family-arizal2Abang yang ke-4…A.Rizal&K.Nur dan anak-anak tercinta…

Terima kasih juga kerana banyak membimbing adikmu ini….

kroha1Kakakku yang ke-2…K.Roha&A.Zaidi bersama family tersayang….

Terima kasih kerana banyak bersabar denganku….

singleKakakku, K.Alus dan adik-adikku..Leha, Naji, Ipul dan Adah….

Semoga terus najah dalam hidup ini…..

baby-faizAhlan wa sahlan anak saudaraku yang the latest (ke-22)…Ahmad Faeez Al-Ameen…..Anak K.Roha dan A.Zaidi pada 9 Mac yang lalu…(baby MaulidurRasul)…hehe.. Insya-Allah akan dapat anak saudara lagi bulan Jun ini….

Aku bersyukur padaMu YaAllah atas kebahagiaan ini..Jadikanlah kami sekeluarga..anak-anak yang soleh dan solehah kepada ibu dan bapa kami…Sesungguhnya tidak terbalas jasa dan perngorbanan ibu dan ayahku dalam membesarkan kami semua sehingga berjaya…alhamdulillah….

Sahabat-sahabat,

Hakikat kebahagiaan yang sebenarnya ialah apabila kita menghargai insan yang masih ada bersama kita sebelum mereka tiada….dan juga apabila semua yang kita lakukan hanya kerana Allah Ta’ala..