MOGA TABAH SELALU..

Cuti 1 minggu pada bulan Ogos lalu mengizinkanku untuk pulang ke Semenanjung. Seronok dan gembira tidak terkata kerana dapat berjumpa mak, ayah dan keluarga tersayang. Namun begitu, seminggu pun terasa sekejap saja berlalu lantaran setiap hari ada saja aktiviti terutamanya menjaga anak saudaraku yang comel…Najwa..anak arwah abangku..

– baru belajar merangkak…-

– comel tak najwa ‘posing’?hehe….-

Seminggu menjaganya seronok tak terkata. Lantaran kaletahnya yang sentiasa mencuit hati. Rasa tersentuh juga hati apabila melihat wajahnya yang tidak mengerti apa-apa. Ketika umurnya 4 bulan saja, ayahnya sudah pergi ke alam abadi. Namun, aku yakin Najwa mampu menghadapinya. Sebab itu Allah pilih dirinya untuk diuji walaupun masih kecil lagi.

Terus ku teringat sirah perjuangan Nabi yang sudah menjadi yatim piatu ketika kecil lagi. Natijah tarbiyah dan ujian tersebut, maka terhasillah seorang Rasul dan Nabi akhir zaman yang terbilang. Ajaran Islam sampai ke seluruh pelusuk dunia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

Kepada Najwa dan anak-anak arwah abgku yang lain, Irysad, Najmi dan Syukri………..

kami sentiasa doakan moga u all semua tabah dan kuat dalam menghadapi ujian hidup ini.

Kepada kakak iparku, kak alif…

kami sekeluarga masih lagi keluargamu…Moga kuat dan tabah selalu….Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…

Moga ruh arwah abg tergolong dalam golongan para solihin……….amin..

AL-FATIHAH..

RAMADHAN DAN MERDEKA….

Salam Ramadhan buat semua sahabat2…Syukur tak terkira kerana berpeluang lagi menempuh bulan Ramadhan di kala negara kita sibuk menyambut kemerdekaan yang ke-51. Para Ulama’ terdahulu sangat gembira menyambut Ramadhan kerana inilah bulan yang dinanti-nantikan untuk beramal. Kedatangannya amat dirai dan pemergiannya pula akan ditangisi. Bagaimana pula dengan diri kita? Moga-moga kita pun begitu juga.

Barbagai respon yang akan atau biasa atau mungkin kita dengar mengenai kedatangan Ramadhan menggambarkan persediaan dirinya untuk menghadapi bulan yang barakah ini. Di antaranya ialah;

1) “Ya!Allah..dah nak bulan puasa la…x perasan pun..Cepatnya masa berlalu..”

– Begitu cepatnya masa berlalu sampai kita tidak sedar pun kedatangan Ramadhan. Sebagai orang Mukmin yang mencintai Ramadhan, sepatutnya kedatangan Ramadhan ini dinanti dan kita sentiasa menghitung hari dan rasa tak sabar sentiasa ada dalam diri seperti ulama’ terdahulu. Memang tak dapat dinafikan kesibukan urusan seharian membuatkan kita kadang-kadang terleka sehingga tak perasan kehadiran bulan Ramadhan yang barakah ini. Sama-samalah kita memperbaiki diri dan memperbanyakkan amalan yang dijanji pahala berganda…

2) “Bila ye puasa? esok?betul ke?tak tau pun….boleh ke tahun ni puasa penuh ya..yang tahun lepas pun tak ganti lagi..”

– Ini pun biasa juga terdengar. Astaghfirullah…Lantaran kesibukan dengan urusan dunia dan macam2 hal lagi, ada juga yang belum habis ganti puasa untuk tahun lepas. Terutamanya golongan perempuan lah..sebab biasa dapat ‘cuti dari Allah’ kan..Sesiapa yang masih lagi berhutang dengan Allah, cepat-cepatkanlah habiskan hutang tersebut sebab kita tak tahu bila masanya kita akan pergi. Yang dah habis ganti dan siap dapat puasa sunat, alhamdulillah…VERY GOOD!! Eloknya nak ganti puasa ni jangan tangguh2…habis bulan puasa je terus ganti.

3) “Eh! dah nak raya la…Baju raya dah siap belum?Kuih raya macam mana ye? nak buat ke nak ‘tunjuk’ ek”. Langsir ngan perabot nak tukar baru ke?”

– Ini pun biasa juga kita dengar. Tak salah untuk membuat persiapan   awal. Namun janganlah sampai berlebihan sehingga melebih-lebihkan sambutan raya berbanding beramal pada bulan Ramadhan. Sama-samalah kita muhasabah diri moga-moga Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik dan menjadi madrasah tarbiyyah untuk diri kita semua, Insya-Allah.

Mengenai bulan kemerdekaan pula, sama-samalah kita bersyukur kerana masih lagi dapat menikmati keamanan dan ketenangan di negara sendiri. Apa yang penting di sini ialah pengisian kemerdekaan yang ingin disemai dalam hati setiap generasi kita. Bukanlah dengan pergi ke konsert-konsert merdeka yang berunsur maksiat dan terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Sama-samalah menghormati kedatangan Ramadhan yang melatih kita untuk memerdekakan diri dari terbelenggu dengan godaan syitan dan nafsu syahwat. Insya-Allah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-51 DAN SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

BAJET 2009 SUDAH PUN DIBENTANG…

Bajet 2009 sudah pun dibentangkan. Ramai yang ternanti-nanti berita gembira dari kerajaan. Ada yang puas hati dan ada yang tidak. Manakan tidak ada yang mengatakan bajet ini untuk kakitangan kerajaan sahaja. Siapa yang bekerja swasta tidak mendapat banyak faedah. Apa-apa pun, sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu diambil kira. Masih banyak lagi perkara yang rakyat tidak puas hati dalam suasana harga barang naik, harga petrol mahal (walaupun dah turun harga…tapi sikit je turunnya). Berikut adalah isi-isi belanjawan yang boleh dikongsi bersama.

Keselamatan sosial
* Tabung khas RM25 juta bantu keluarga hilang punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

* Kelayakan pendapatan bantuan kebajikan dinaikkan dari RM400 kepada RM720 sebulan (Semenanjung), RM830 (Sarawak) dan RM960 (Sabah).

Rebat cukai
* Rebat cukai dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah.

Pendapatan dari faedah ke atas simpanan individu dikecualikan cukai.

Bil elektrik
* Bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan dikecualikan bayaran berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

Elaun khas polis
* Elaun bayaran insentif khas anggota polis ditingkatkan kepada RM200 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Sara hidup nelayan
* RM180 juta untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan serta RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.

Pinjaman rumah
* Lanjut tempoh pinjaman perumahan kakitangan awam dari 25 tahun ke 30 tahun.

* Kemudahan pinjaman ubah suai rumah untuk rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman kerajaan.

* Pembeli rumah kos rendah diberi pengecualian penuh duti setem.

* Pembeli rumah pada harga sehingga RM250,000 dikecuali duti setem 50%.

Pengangkutan awam
* Laluan LRT baru sepanjang 42km dari Kota Damansara ke Cheras.

* Perkhidmatan rel komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd. dipertingkatkan.

* Membina terminal bersepadu di Bandar Tasik Selatan bagi kemudahan teksi dan bas antara bandar daripada kawasan selatan Semenanjung.

* Turunkan tol 50% bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh dua tahun bermula 15 September 2008.

Dikecualikan cukai jualan bagi pembelian bas baru yang dipasang dalam negara.

* Cukai jalan RM20 setahun bagi semua bas, teksi, kereta sewa dan limosin.

* Penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Bonus
* Sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi kakitangan awam.

* Dibayar dua kali pada September dan Disember ini.

Pencen
* Kakitangan kerajaan berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun menerima pencen tidak kurang RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Petani
* Peruntukan RM475 juta bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.

Elaun perjalanan
* Pengecualian cukai sepenuhnya kepada elaun perjalanan oleh majikan manakala pekerja yang menerima elaun perjalanan diberi pengecualian cukai sehingga RM2,400 setahun.

Elaun OKU
* Elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

* Elaun murid OKU di sekolah pendidikan khas ditambah daripada RM50 kepada RM150, sementara bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru.

Barangan pengguna
* Duti import beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada 10 peratus hingga 60 peratus kepada lima peratus hingga 30 peratus.

Cukai jalan
* Kadar cukai jalan kenderaan persendirian berenjin diesel individu dan syarikat sama dengan kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol berkuat kuasa 1 September 2008.

(DIPETIK DARI http://www.utusan.com.my-30 Ogos 2008)

MURID SAKIT SIRI (II)

Ku sambung cerita Manjan dimasukkan ke dalam wad  dan tindakan selepas itu ialah kami perlu memklumkan pada ibu bapa Manjan bahawa anak mereka telah dimasukkan ke dalam wad. Ibu bapa mereka tinggal jauh di rumah panjang di kawasan yang agak pedalaman. Memang tak dapat berhubung melalui talifon kerana tiada talian. Terpaksa kami memohon bantuan seorang lagi kakitangan sekolah untuk membantu kami ke rumah panjang tersebut.

 

 

Barulah ku tahu betapa teruknya jalan yang berbengkak-bengkok dan berbukit bukau di celah-celah pekat malam yang tiada lampu jalan. Allah saja yang tahu perasaan kami bagaimana. Jalan ke Ulu Sarikei kecil dan cukup untuk satu kenderaan sehala sahaja. Cukuplah untuk VIVA yang kami naiki itu. Kami kuatkan semangat untuk meredah hutan dan akhirnya kami sampai ke rumah panjang yang dituju.

 

 

Sampainya kami di rumah panjang, kelihatan wajah ibu bapa Manjan yang tidak mengerti apa-apa dan agak terkejut mendengar berita anaknya dimasukkan ke dalam wad. Ibunya terus bersiap dan berkemas ala kadar untuk menjaga anaknya di wad. Sempat ku perhati kawasan sekeliling rumah panjang tesebut kerana inilah kali pertama aku pergi ke rumah panjang anak muridku. Kelihatan mereka agak susah kerana tiada pengangkutan sendiri dan jauh dari bandar. Sebab itu kami perlu ke hospital semula untuk menghantar ibu Manjan pula.

 

 

Dalam perjalanan ke hospital, sempat  ibu Manjan bercerita bahawa mereka sudah biasa berjalan kaki dan menaiki basikal ulang-alik ke setiap minggu untuk menghantar dan menjemput anak mereka dari sekolah. Ku kira jauh juga mereka terpaksa berjalan. Syukur ku panjantkan pada Allah kerana menempatkanku di sekolah yang tidak jauh dari bandar walaupun ‘facilities’ di sekolah agak kurang. Duduk di rumah kuarters kayu dan juga mengajar di sekolah kayu. Aku masih bersyukur berbanding dengan rakan-rakanku dari Semenanjung yang lain yang terputus hubungan dengan orang lain kerana sekolah di kawasan pedalaman. Ada yang terpaksa menaiki bot ke sekolah ataupun berulang-alik melalui jalan merah yang tidak bertar. Inilah perjunagan seorang guru demi mendidik anak bangsa yang sangat memerlukan pendidikan.

 

 

Hampir pukul 10 barulah selesai semua urusan dan terasa perutku lapar sekali lantaran hamper seharian tidak diisi. Terpaksalah kami makan malam di luar dan inilah pertama kali makan di luar sepanjang tahun ini. Bukan apa, kawasan kami yang agak jauh bandar dan jalan yang tiada lampu sangat membahayakan kami untuk keluar untuk malam. Tapi bila dalam kecemasan semuanya jadi berani dan boleh pula kami lakukannya. Hampir pukul 11malam, barulah kami sampai di rumah dan melelapkan mata. Syukur ku panjatkan Ilahi kerana semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Apa yang ingin saya dikongsi dalam cerita ini ialah;

– Kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi sesuatu yang tidak dijangka.

– Berani melakukan sesuatu perkara yang baru.

– Allah sentiasa melindungi dan bersama-sama kita.

– Yakinlah, jika kita memudahkan urusan orang lain, pasti Allah akan memudhkan urusan

  kita kelak.

– Sabar dan tenanglah ketika menghadapi musibah.

– Bersyukur dengan apa yang ada, berusaha untuk mendapat yang terbaik dalam apa jua

  yang kita lakukan.

– Carilah sebanyak mungkin pengalaman di tempat orang. Pengalaman adalah guru yang

  amat berharga dan amat bernilai dalam hidup kita.

 

 

 

 

 

MURID SAKIT SIRI (I)

Tarikh 6 Ogos adalah tarikh yang tidak dapat kulupakan kerana pelbagai peristiwa menarik dan pengalaman baru yang kutempuhi pada hari itu. Hari itu seperti biasa, selepas habis sekolah, aku terus berehat menghilangkan lelah menjalani tugas rutin di sekolah. Tiba-tiba, rakan serumahku mengajakku  keluar ke bandar untuk menyelesaikan urusan penting. Sempat juga aku membeli tiket bas ke Kuching memandangkan minggu depan aku akan pulang ke Semenanjung. Tak sabar rasanya. Beginilah hidup di perantauan. Kalau boleh balik guna jalan darat takpe. Tapi, nak tak nak kenala naik ‘belon’ yang agak memakan duit. Tapi kena pandai ‘book’ la bila ada promosi tiket murah..Selesai saja semua urusan, kami terus pulang ke rumah. Perjalanan yang memakan masa 30 minit ke bandar tidaklah berapa meletihkan memandangkan ada kenderaan milik rakan rumahku untuk pergi ke mana-mana.

                  

                    – teman serumahku….susah senang bersama….

Hari pun menjelang petang..Tiba-tiba rakan serumahku yang bertugas sebagai warden balik dari dewan makan dalam keadaan tergesa-gesa seolah-olah ada kes ‘emergency’. Rupa-rupanya ada seorang murid, Manjan namanya, yang luka tanganya sehingga bernanah dan bengkak. Tidak diketahui apa puncanya. “Macam kritikal je ni”, bisik hatiku. Ditanya pada budak itu, dia hanya diam. Sepatah ditanya, sepatahlah dijawabnya. Rakanku terus mengajak kami bersiap-siap untuk ke hospital memandangkan kelinik yang berdekatan hanyalah klinik desa yang hanya ada jururawat yang bertugas. Aku dan rakan serumahku yang seorang lagi terus  bersiap ala kadar dan memecut kereta dengan kadar yang segera ke Hospital Sarikei.

Sampai saja di bahagian kecemasan di hospital kami terus mendaftar nama murid itu dan membawanya kepada pembantu perubatan. Mereka perlu menunggu doktor yang bertugas untuk mengendalikan kes ini kerana didapati sudah agak kritikal. Jarinya semakin membengkak dan seolah-olah lebam sehingga berwarna biru. Kesian melihat keadaan Manjan. Lebih kurang hampir 1 jam lebih, barulah doktor datang dan mengatakan Manjan perlu ditahan dan dimasukkan ke dalam wad. “Perlu ‘admit’ ke?”. Terkejut kami sebab tak sangka lukanya kritikal. Doktor kata, kalau tidak mereka khuatir kuman akan merebak ke darah.

Ikuti siri cerita ini pada MURID SAKIT SIRI II…panjang ceritanya…