NASIHAT-NASIHAT AZIZI ALI

Assalamualaikum wrtb…

Bertemu lagi kita sahabat-sahabat…alhamdulillah, kesyukuran dirafa’kan kehadrat Allah Ta’ala atas semua nikmatnya yang tidak terkira..Maaf kerana sudah hampir sebulan tidak update blog ini lantaran kesibukan tugasan guru di hujung tahun..biasala kan..semuanya nak diserahkan hujung tahun sebelum cuti…

Gembira tidak terkata kerana dapat bercuti panjang bersama ibu dan ayah di kampung..

Pada kali ini saya ingin kongsikan apa yang saya dapat ketika membaca buku Rancang Hidup, Rancang Wang, tulisan oleh Hamdy, terbitan Imedia Production. Saya amat tertarik dengan pendekatan penulisan yang diberikan oleh penulis yang santai tetapi praktikal…Saya rasa semua orang patut membaca buku ini sebagai salah satu buku panduan kewangan.

Siapa yang tak kenal Azizi Ali kan…Penulis buku yang saya baca ini banyak membaca dan memahami cara pemikiran Azizi Ali berkaitan kewangan namun masih tidak melupakan unsur-unsur Islam dalam penulisan buku ini. Penulis berkongsi mengenai nasihat-nasihat Azizi Ali iaitu;

1) Tumpukan pada yang utama

2) Enjoy apa yang ada.

3) Ubah suai rumah secara berpatutan.

4) Elak aksesori kereta.

5) Beli satu level ke bawah dari kemampuan hari ini.

6) Hati-hati dengan kad kredit.

7) Jangan kejar fesyen.

8) Kurangkan dan pendekkan panggilan telefon.

9) Pergi membeli-belah dengan perut yang kenyang.

10) Guna ‘toiletries’ dan alat solek yang murah.

11) Guna peralatan senaman yang rendah harga.

12) Elakkan tv mail order.

13) Gunakan ‘on-line banking’.

Walaupun simple tapi mana tau boleh merubah hidup kita dalam merancang perbelanjaan…Cuba sama-sama kita manfaatkan..