UJIAN ADALAH TARBIYYAH DARI ALLAH

Syukur pada Mu Ya Allah atas segala nikmatMu yang tidak terhingga..

imagesSebenarnya hati ini masih lagi terasa sedih kerana tiba-tiba laptop yang ‘disayangi’ rosak. Langsung tiba-tiba tidak boleh di’on’. Allah saja yang tahu perasaan ni macam mana. Yalah, betapa banyak tugasan yang perlu dilakukan lantaran minggu depan exam mid-semester akan bermula.

images2Terus ku hantar laptop ke pusat servis PC di Sarikei. Bila di’on’ tauke Cina itu memberitahuku bahawa mungkin LCD nya rosak, kerana di skrin masih keluar warna cuma ‘blur’. Tiada kaitan dengan virus menyerang ataupun program yang rosak. Aku pun yang kurang arif mengenai hal laptop ini hanya berdiam saja kerana terfikir betapa banyaknya maklumat penting di dalam laptopku. Biasanya kalau nak tukar LCD biasanya harganya sampai RM500-600. Ya Allah! mahalnya…baik beli laptop baru. Bisik hatiku…

Aku terus memberitahu tauke tersebut supaya menyelamatkan semua dokumen kerana semuanya sangat penting. Jika tak dapat diselamatkan, memang tak dapat nak digambarkan betapa sedihnya perasaanku. Namun alhamdulillah, keesokan harinya tauke Cina itu dapat ‘menyelamatkan’ semua dokumen dengan mengeluarkan ‘hard disk’ dalam laptopku. Semuanya kuasa Allah. Maka tinggallah laptopku yang hanya ‘blur’ bila di ‘on’ kan. Sedih juga…Aku terus menghubungi abang kandungku di Semenanjung. Sebenarnya laptopku masih baru diguna… dalam setahun. Aku beli dari abangku yang baru menggunakannya selama setengah tahun. Dia menyuruhku membawa laptop yang sudah rosak itu balik supaya boleh diservis di Semenanjung. Mujurlah sudah dekat dengan cuti pertengahan semester. Moga ada harapan untuk’nya’ pulih semula supaya aku dapat menggunakannya lagi.Amin..

Walaupun sekadar laptop, tapi sungguh banyak jasanya padaku. Namun kuasa dan takdir Allah mengatasi segala-galanya. Aku belajar redha sejauh mana aku sayang pada mana-mana hartaku pun, semuanya akan rosak juga. Yalah, bukankah ia sudah menjadi fitrah setiap makhluk Allah di dunia ini sama ada yang bernyawa atau tidak, semuanya pasti akan mati atau berakhir hayatnya.

Bila diuji dengan apa jua perkara pun, semuanya adalah tarbiyyah dari Allah. Ketika inilah Allah ingin menguji kesabaran dan kekuatan sejauh mana pergantungan kita padanya…Bersabarlah dan bertawakallah..

Advertisements

PROGRAM MOTIVASI UPSR II 2009

Alhamdulillah…syukur kehadrat Allah kerana selesai juga Program Motivasi UPSR yang baru saja diadakan pada 24 hingga 25hb Julai yang lalu…Walaupun banyak dugaan dari awal penyediaan kertas kerja dan cabaran-cabaran lain yang tidak disangka, namun alhamdulillah program yang julung-julung kalinya diadakan seperti itu di sekolah ini semuanya berjalan lancar berkat kerjasama dari semua guru, murid-murid dan staf sokongan yang lain.

Kehadiran dari semua murid yang disasarkan mencapai target iaitu hanya seorang sahaja yang tidak hadir dari 34 orang murid Tahun 5 (17) dan murid tahun 6 (17). Penceramah yang dijemput juga adalah bukan calang-calang kerana mereka sudah berpengalaman dalam bidang masing-masing dan mempunyai pengalaman mengajar murid luar bandar.

Senario sekolah di bandar tidak sama kerana sokongan dari ibu bapa murid yang tinggal di bandar untuk memastikan anak mereka berjaya sangat tinggi berbanding yang tinggal di luar bandar. Sasaran pentadbiran sekolah di bandar ialah sentiasa ingin memastikan penambahan murid yang mendapat 5A tetapi ia berbeza dari sekolah kami yang hanya mensasarkan peratus murid lulus semua matapelajaran meningkat. Perkara inilah menjadi cabaran besar untuk saya mengajar Pendidikan Islam dan Bahasa melayu kerana bahasa ibunda mereka (Bahasa Iban) masih kuat.

Sesi ceramah dimulakan pada pukul 2.00 petang, hari pertama program dengan ceramah teknik menjawab soalan Matematik UPSR oleh Cikgu Hasni Salleh dari SK Methodis dan hari berikutnya disampaikan oleh Cikgu Hairul Niza Ahmad (Sains) dari SK Penghulu Andin, Puan Nasie Anak Renggan  (B.Inggeris) dari SK Abang Abu Nawas (B.Melayu) dari SK St. Augustine. Terima kasih atas kesudian kalian memberi tunjuk ajar kepada anak didik kami.

–  Sebahagian penceramah yang terlibat-    bawah sebelah kiri (Cikgu Hasni) dan sebelah kanan (Cikgu Abg Abu Nawas)

P7240373

P7250464

Pada waktu malam turut diadakan sesi latihan dalam kumpulan bersama fasilitator masing-masing. Mereka ditugaskan untuk berta’aruf dan membuat logo dan matlamat kumpulan masing-masing.

Pada sesi pembentangan kelihatan mereka agak gementar membuat pembentangan namun masing-masing masih berani ke depan. Ini adalah penting sebagai persediaan mereka untuk melangkah ke alam sekolah menengan kelak. Seronok juga melihat mereka bekerjasama menyiapkan logo masing-masing. Terserlahlah kekreatifan mereka melukis dan mewarna sehingga mengejutkan kami semua. Tidak disangka-sangka mereka boleh menghasilkan logo kumpulan masing-masing yang cantik.

Kepada semua murid Tahun 6, ustazah mengharapkan u all dapat wat yang terbaik..ustazah yakin u all boleh buat yang terbaik untuk berjaya…