MINAL AIDIL WAL FAIZIN..

Di kesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..
Syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi dipanjangkan umur dan diberikan nikmat Iman dan Islam.

Sahabat-sahabat sekalian,

Dalam keriangan kita menyambut Aidilfitri,janganlah pula kita melupakan insan yang kekurangan dan yang sudah tiada.

AIDILFITRI KE-2 TANPA ARWAH ABG ROSLI..

Diam tak diam, sudahpun 2 tahun kami merayakan Aidilfitri tanpa arwah abg Mohd. Rosli….Alhamdulillah, Allah masih beri kekuatan pada kami sekeluarga untuk meraikan Aidilfitri walaupun pemergian arwah masih terasa lagi. Memandangkan arwah sangat rajin menziarahi sanak-saudara ketika hayatnya masih ada, kakak iparku dan anak-anak alhamdulillah meneruskan ikatan yang sedia ada dengan menziarahi saudara-mara yang terdekat. Anak bongsunya yang kecil pun sudah semakin petah berkata-kata dan pintar. Sayu rasanya melihat wajah anak saudaraku yang tidak sempat mengecapi kasih sayang seorang ayah. Lantaran tidak sempat mengenali ayahnya sendiri, si Comel ni agak susah sikit untuk didokong dan didekati olah pakcik-pakciknya termasuk ayahku sendiri. Si comel ini pasti akan menggelengkan kepala dan menyebut ‘annak’, maksudnya ‘tak nak’…

awaLihatlah wajah si comel ini..merenung jauh ke arah masa depannya agaknya…Kita sama-sama doakan moga si Comel ini dan abang-abangnya yang masih kecil ini menjadi anak yang soleh dan mampu menjadi penyejuk hati ibu mereka, insya-Allah..

P9210085 – slm, nama saya najwa:)…comel tak?

MEMBERI LEBIH BAIK MENERIMA

Berkaitan dengan Syawal pula, setelah kita berpuasa sebulan, menjelmalah bulan yang dinanti-nanti…diharapkan madrasah Ramadhan mampu mendidik jiwa kita menjadi insan yang muttaqin seperti yang disuruh oleh Allah SWT.

Bagi orang yang telah bekerja, ketika raya inilah kita menyusun bajet khas untuk raya. Biasanya sudah dirancang sekurang-kurangnya sebelun sebelum Syawal. Perancangan kewangan sangat penting supaya tidak berlaku pembaziran. Cukuplah berpada pada apa yang ada di samping banyakkan bersedekah kepada fakir miskin, kanak-kanak dan orang yang memerlukan. Bercerita mengenai duit raya, tahun ini saya perlu menyusun bajet duit raya lebih awal memandangkan jumlah anak saudara saya ramai iaitu 23 0rang…Boleh tahan jugalah nak menghulurkan duit raya tahun ni..Tapi alhmdulillah dapat juga diatur dengan baik demi memastikan  kegembiraan dan amalan besedekah dapat diamalkan….Tak kiralah berapa jumlah yang kita beri tetapi yang penting ialah keikhlasan hati kita..Betul tak? Pada tahun ini juga saya masih menerima duit raya dari kakak-kakak dan abang saya..hehe…Untung juga ye…tapi apa-apa pun ‘memberi lebih baik dari menerima’…

Advertisements

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK..

2474970503_c6ffc856e1_o

Assalamualaikum wrtb..

Harapnya masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Maksud hadith Rasulullah SAW

“Bulan Ramadhan, di awalnya rahmah, di pertengahannya pengampunan, di akhirnya terlepas dari azab api neraka.”

Tanpa disedari, kita sudah pun hampir meninggalkan bulan Ramadhan dan berada di FASA III bulan Ramdhan yang penuh barakah ini. Sama-samalah kita bermuhasabah diri sejauh mana kita sudah memaksimumkan ibadah kita samaada yang wajib atau pun yang sunat.

Pengalaman berpuasa di perantauan benar-benar menguji kesabaran…apatah lagi di tempat yang majoriti bukan Islam. Kurang suasana Ramadhan.Tapi, alhamdulillah tahun ni kami dapat mengadakan program penghayatan Ramadhan bagi menghidupkan suasana Ramadhan buat julung-julung kalinya di sekolah ini. Antaranya, Iftar Jamaie, Usrah harian dan Kutipan Sumbangan Aidlfitri.

Alhamdulillah, syukurlah semuanya dapat berjalan lancar. Walaupun baru pertama kali diadakan di sekolah ini, sambutan ini masih boleh diadakan secara sederhana. Sekurang-kurangnya ada dikalangan staf yang tidak pernah menghadiri mana-mana usrah, iftar jamaie atau  solat maghrib dan tarawih berjamaah, dapat juga melaksanakannya pada kali ini dan menjadi titik tolak perubahan untuk meningkatkan mutu ibadah ke arah yang lebih baik.

Agenda dakwah tetap perlu diteruskan walaupun staf yang Muslim hanya sedikit sahaja. Pada tahun ini baru saya berasa kuat sedikit untuk menjalankan agenda dakwah di kalangan staf terutamanya kerana mendapat sokongan dari Guru Besar sekolah. Mungkin ada sahabat seperjuangan di sekolah yang lain masih tidak dapat melaksanakannya lantaran tidak mendapat sokongan dari mana-mana pihak. Teruskanlah berusaha dan berdoa moga-moga mad’u kita di Sawarak ini dapat menerima mesej Islam yang sebenar-benarnya..

2750084185_0790020160

Salam akhir Ramadhan..

Moga kita sama-sama dapat berusaha mengejar malam Lailatul Qadr dan mendapat hajat yang kita sama-sama impikan iaitu Jannah yang agung..amin..