KISAH NABI SULAIMAN DENGAN RATU BALQIS

Yang mulia tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Berjalan-jalan ke Tanjung Jara,

Bermain pasir bersama rakan,

Kisah Nabi Sulaiman pilihan cerita,

Mari bersama kita dengarkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Tersebutlah kisah suatu cerita,

Nabi Sulaiman yang bijaksana,

Memerintah kerajaan adil dan saksama,

Bersama haiwan-haiwan boleh berbicara.

Rakan-rakan sekalian,

NABI Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja lagi. Beliau juga memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk mampu bercakap, memahami dan memberi arahan terhadap jin dan haiwan sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya.

Bertitik tolak daripada peristiwa itu, kewibawaan Sulaiman semakin terserlah. Melihat kecerdasan akal yang ditonjolkannya itu, Nabi Daud menaruh kepercayaan dengan mempersiapkannya sebagai pengganti dalam kerajaan Bani Israel. Setelah kewafatan Nabi Daud, maka Nabi Sulaiman pun diberikan kuasa sebagai pemimpin. Beliau juga dapat menundukkan jin, angin dan burung, sehingga dapat disuruh melakukan apa saja, termasuk mendapatkan tembaga dari perut bumi.

Rakan-rakan yang dikasihi,

Setelah membangunkan Baitulmuqaddis, Nabi Sulaiman menuju ke Yaman. Tiba di sana, disuruhnya burung hud-hud mencari sumber air. Tetapi burung berkenaan tiada ketika dipanggil. Ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan Sulaiman. Selepas itu, burung hud-hud datang kepada Nabi Sulaiman dan berkata: “Aku telah terbang untuk mengintip dan terjumpa suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh tuan di Negeri Saba’…”

“Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita bijaksana yang memerintah Saba’ dan mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah…”

Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman mengutuskan surat mengandungi nasihat supaya menyembah Allah kepada Ratu Balqis. Surat itu dibawa burung hud-hud dan diterima sendiri Ratu Balqis. Selepas dibaca surat itu, Ratu Balqis menghantarkan utusan bersama hadiah kepada Sulaiman.

Rakan-rakan sekalian,

Nabi Sulaiman melayan utusan tersebut dengan baik dan menceritakan pengalaman yang dialami di Yaman kepada Ratu Balqis. Ini membuatkan Ratu Balkis berhajat untuk berjumpa sendiri dengan Nabi Sulaiman. Keinginan Ratu Balqis itu diketahui Nabi Sulaiman terlebih dahulu dan beliau memerintahkan tenteranya yang terdiri daripada manusia, haiwan dan jin untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Ratu Balqis.

Nabi Sulaiman juga memerintahkan Ifrit supaya membawa singgahsana Ratu Balqis ke istananya. Apabila Ratu Balqis tiba Sulaiman bertanya : “Seperti inikah singgahsanamu?” Dijawab Ratu Balqis: “Ya, memang sama seperti singgahsanaku”. Kemudian Ratu Balqis dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman. Namun, ketika berjalan di istana itu, sekali lagi Ratu Balqis terpedaya, kerana menyangka air pada lantai istana Nabi Sulaiman, sehingga menyelak kainnya.

Berkatalah Sulaiman; “Sesungguhnya ia istana licin yang diperbuat daripada kaca”. Berkatalah Balqis; “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman dan kepada Allah, Tuhan semesta alam.”

Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis berasa sangat aib dan menyedari kelemahannya, sehingga dia memohon ampun atas kesilapannya selama ini dan akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi Sulaiman.

Rakan-rakan sekalian,

Pengajaran dari cerita ini ialah :

Pertama : Kita hendaklah beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya.  Kita juga wajib percaya bahawa Allah Maha Berkuasa untuk menjadikan sesuatu perkara. Tiada perkara yang mustahil dunia ini.

Kedua : Kita juga hendaklah berani untuk berdakwah dan menyampaikan keindahan Islam kepada sesiapa saja.

Sekian saja cerita saya..Sekian, terima kasih.

52 thoughts on “KISAH NABI SULAIMAN DENGAN RATU BALQIS

    1. jamilah82

      Waalaikumussalam wrtb..terima kasih sudi ziarah blog saya..ini adalah sebahagian dari teks cerita yang saya sediakan untuk anak-anak murid saya dalam pertandingan bercerita…i’ll try my best…

  1. salam cikgu jamilah, saya copy cerita cikgu jamilah ini untuk pertandingan bercerita sekolah saya.. boleh kan?? terima kasih kerana berkongsi di sini.. Semoga Allah permudahkan segala urusan puan. terima kasih

  2. jamilah82

    wslm..boleh saudari dieyna…dialu-alukan jika boleh dimanfaatkan…selamat melatih anak murid bercerita..moga berjaya…ini pun saya buat sempena pertandingan bercerita untuk anak murid saya…

  3. assalamualaikum…saye juge minta izin tuk copy teks tersebut tuk ptandingan amal islami daerah sepang …ribuan terima kasih dari saye…masliana ( KAFAI Ehsanuddin sepang selangor……………)

    1. jamilah82

      waalaikumussalam wrtb….silakan liyana..moga dapat dimanfaatkan bersama…semoga ank2 murid yg dilatih berjaya ye…

  4. farah wahidah

    Assalamualaikum, minta izin ye untuk copy cerita ni untk anak murid saya yang akan bercerita pada minggu depan. Syukran ya ustazah..^_^

    1. jamilah82

      wslm….dialu-alukan jika dpt dimafaatkan…boleh dibuat penambahbaikan kerana msh byk kekurangan lagi dlm teks cerita ni..

  5. mat akil

    assalamualaikum..kami dr ganung,mtok izeng ngn tuang tanoh nok kopi criter ning utok pertndingang criter,bleh dok?he2 jazakallah..

  6. azura

    Assalamualaikum…
    Saya nk share teks ni utk anak saya. Nnt saya nak bawa teks ni n tunjukkan pada guru dia.
    Saya dahulukan dgn terima kasih 😊

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s