PENGURUSAN HARTA DALAM ISLAM

thumbnail16

 

“ Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan jangan tolong menolong dalam membuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesunggunya Allah amat berat siksa-Nya.” (Al-Maidah: 2)

 

Tahukah anda bahawa setiap individu muslim mesti merancang untuk menghadapi musibah serta kerugian thumbnail31kewangan atau harta. Nak tahu caranya? Di antaranya ialah perlindungan melalui takaful atau insurans Islam yang bertujuan untuk membantu dalam mencapai matlamat pelaburan dan kewangan.

 

“Mereka tanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan.Jawablah:”Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kapada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.” Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ” (Al Baqarah 2:215)

 

thumbnail25Hidup kita ni ada yang banyak harta dan mungkin ada yang sederhana cukup saja. Sebenarnya harta yang diamanahkan kepada setiap individu muslim perlulah di bersihkan melalui pengagihan kepada yang memerlukan. Hakikatnya harta tidak boleh dipergunakan dengan sesuka hati dan wajib dizakatkan supaya mendapat ganjaran dari Allah swt dan membersihkan harta kita serta mengurangkan rasa cinta kepada harta.

 

Di antara beberapa cara pengagihan harta dalam Islam sebelum individu itu meninggal dunia dan selepas meninggal dunia ialah ;

 1) Hibah  – sebelum kematian

                –  jika punyai keluarga angkat

                –  punyai keluarga yang bukan muslim

2) Wasiat –tidak lebih dari satu pertiga

3) Waqaf  – satu dari 3 pelaburan ukhrawi

4)  Faraid  – setelah ditolak pengurusan jenazah,  yuran perlaksanaan pentadbir,

     hutang si mati dan wasiat.

 

Jadi, renung-renungkanlah….moga kita beroleh manfaat…

 

(sumber dipetik dan disunting dari tayangan Slide oleh Hijrah Wealth Management)

 

ADAKAH ANDA SEDAR???

thumbnail3

“Kita tidak pernah merancang untuk gagal tetapi sering gagal merancang. Sebab utamanya ialah kebanyakan orang agak jahil dalam hal merancang dan mengurus kewangan peribadi.”

(Petikan: Hjh Rohani Datuk Hj Mohd Shahir,pengerusi Eksekutif  HIJRAH dan penulis buku Cukup Wang  Hati Tenang)

1)          PELABURAN KESEJAHTERAAN KELUARGA

Adakah anda tahu? Bila seorang itu meninggal dunia,semua harta alih dan tak alih seperti :

                  *Akaun-akaun  Bank

                 *Akaun Pelaburan

                 *Tanah

                 *Rumah                      akan dibekukan!!!!!

Kebanyakan orang menyangkakan hartanya akan diagihkan secara terus kepada yang tersayang apabila mereka meninggal dunia…..malangnya ia tidak benar!

 “Tanggapan bahawa pengurusan harta hanya boleh diselesaikan melalui hukum faraid sahaja adalah antara penyebab utama berlakunya kelewatan pembahagian dan pertelingkahan antara waris di kalangan masyarakat orang Melayu”      – (Utusan Malaysia, 17 Mac 2005)

2) PELABURAN PERLINDUNGAN DIRI DAN KELUARGA

Dalam kehidupan setiap insan, pastinya beliau akan ditimpa hujan. Andainya ini terjadi kepada anda,………….

             *Kemalangan

             * Kematian

             * Hilang Upaya Kekal

            * Penyakit Krikitikal

            * Usia Tua

Apa yang terjadi pada anak-anak, isteri dan keluarga anda?Adakan anda sudah membuat persediaan secukupnya?

“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap kesejahteraan mereka..” (an-Nisa’:9)

Jangan biarkan diri dan keluarga anda menderita kerana sikap tidak peduli anda! Mudah sahaja dengan hanya dari RM1.75 sehari, anda boleh mengubah nasib keluarga anda!

3) PELABURAN MASA HADAPAN

Adakah anda fikir tabungan anda sudah mencukupi? Anda mahu pelaburan yang memberi pulangan yang tinggi?

“Berdasarkan statistik KWSP, secara purata pencarum yang bersara pada umur 55 tahun hanya mempunyai simpanan sebanyak RM114,000 seorang. Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang KWSP yang bersara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya menampung kehidupan sehingga usia 75 tahun.”        – (Utusan Malaysia, 19 Oktoober 2007)

“Hidup ini penuh dengan ketidakpastian. Peroleh pelaburan masa depan dan kadar faedah serta inflasi tidak diketahui oleh sesiapa. Walau bagaimanapun, saya boleh memberi anda satu jaminan. Mereka yang memulakan perancangan pelaburan akan mempunyai lebih banyak wang sewaktu bersara berbanding dengan mereka yang tidak membuat sebarang perancangan pelaburan.”      – (Petikan: Noel Whittaker, Penulis Kewangan dan Penasihat Pelaburan)

Mulakan dari sekarang! Melabur di dalam amanah saham berlandaskan Syari’ah. Anggaran purata pulangan setahun 10% hingga 12%.

Sila hubungi Pengurus Kewangan Syari’ah Hijrah anda untuk khidmat rundingan percuma :

NURUL AIN BINTI MAYIKHI 

 (nurulain@hijrahwealth.com)

012-6723490