LAPORAN PERJALANAN PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA 1435H

 

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih terus diberikan nikmat Iman dan Islam serta rezeki yang melimpah-ruah yang membolehkan kita berkongsi rezeki tersebut bersama insan-insan yang sangat memerlukan.

IMG_7605

– Pengarah Urusan An Nur Hijrah Consultancy, Ustaz Mohd Rizal menyaksikan proses penyembelihan  korban tahun ini dijalankan dan berjalan lancar – 

Pada tahun 2014 ini, pihak An Nur Hijrah Consultancy sudah pun menyelesaikan pelaksanaan Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja kiriman rakan-rakan dari Malaysia pada 5 hingga 7 Oktober yang lalu sebanyak 239 ekor ternakan…iaitu 177 ekor lembu dan 16 ekor kambing untuk Qurban, dan 26 ekor lembu dan 18  ekor kambing untuk Aqiqah.

IMG_7730

Para petugas An Nur Hijrah Consultancy bergambar bersama sebahagian penduduk kampung yang telah mendapat agihan korban tahun ini – 

Sesungguhnya penyertaan tahun ini juga meningkat sebanyak 100% berbanding tahun lepas dan terus membakar lagi semangat kami untuk meneruskan program ini bagi membantu fakir-miskin di Kemboja lagi tahun depan, Insya-Allah..

1) 1431H / 2010M = 11 EKOR

2) 1432H / 2011M = 24 EKOR

3) 1433H / 2012M = 97 EKOR

4) 1434H/2013M = 163 EKOR

5) 1435H/2014M = 239 EKOR

IMG_7732

– Pengarah Urusan An Nur Hijrah Consultancy, Ustaz Haji Mohd. Rizal Mokter sedang menyampaikan agihan daging Korban kepada sebahagian penduduk Kampung Po Thi In, Steng, Kompong Cham –

Untuk Program Aqiqah, kami telah mengadakan majlis jamuan aqiqah dan ada juga yang kami agihkan pada penduduk kampung yang mengadakan majlis kenduri kahwin anak-anak mereka.

     IMG_7451

Selain itu, kami juga telah mengagihkan wang sedekah, zakat, nazar, fidyah, waqaf serta pakaian seperti pakaian terpakai, telekung dan kain pelekat sumbangan dari rakyat Malaysia kepada insan-insan dhaif dan fakir yang benar-benar memerlukan. Terima kasih diucapkan kepada para penderma sekalian. Hanya Allah sahaja yang layak meberi ganjaran atas sumbangan tersebut.

  Kami juga masih membina 52 buah perigi yang terbaru untuk Program Waqaf Perigi di Kemboja menjadikan jumlah keseluruhan perigi ialah 162 buah perigi. . Penyertaan juga semakin meningkat sepanjang tahun.

AP109

         – Sebahagian perigi pam yang telah siap dibina sumbangan WAQAF dari rakyat Malaysia –

Akhir sekali, kami dari An Nur Hijrah Consultancy ingin merakamkan jutaan penghargaan sekali lagi kepada semua yang sudi menyertai program kami pada tahun ini dan sentiasa mendoakan agar perjalanan kami menguruskan ibadah ini dimudahkan oleh Allah SWT…

Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan dan penyertaan dari seluruh rakyat Malaysia amatlah dialu-alukan…Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, 

Ustazah Jamilah binti Mokter

Urusetia 

Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja 1434H

An Nur Hijrah Concultancy (001760142-X)

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang lain sepanjang pelaksanaan Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja untuk tahun 2014M/1435H.

IMG_7493

IMG_7490

IMG_7508IMG_7746

IMG_7748

IMG_7638

IMG_7764IMG_7772IMG_7775IMG_7776IMG_7777IMG_7743IMG_7754IMG_7547IMG_7641IMG_7652IMG_7659IMG_7757IMG_7605

One thought on “LAPORAN PERJALANAN PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA 1435H

  1. Pingback: | Nur Hijrah Korban

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s