KEM SMART SOLAT SIRI 1

KEM SMART SOLAT SIRI 1

Mari sertai “KEM SMART SOLAT SIRI 1” di Masjid Al-Ehsaniah Bt 16 Rawang pada 30 MAC 2013 pada pukul 8 pagi-5 petang bersama Al Fadhil Ustaz Mohd Rizal Mokter Al Hafiz & Ustaz Abdul Jalil…anjuran AN NUR HIJRAH CONSULTANCY

LAPORAN PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA 1433H/2012M

KORBAN 2012

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih terus diberikan nikmat Iman dan Islam serta rezeki yang melimpah-ruah yang membolehkan kita berkongsi rezeki tersebut bersama insan-insan yang sangat memerlukan.

Pada tahun ini, pihak An Nur Hijrah Consultancy sudah pun menyelesaikan pelaksanaan Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja kiriman rakan-rakan dari Malaysia pada 25 dan 26 November yang lalu sebanyak 97 ekor ternakan…iaitu 72 ekor lembu dan 1 ekor kambing untuk Qurban, dan 13 ekor lembu dan 11 ekor kambing untuk Aqiqah..

Imej

– Para petugas An Nur Hijrah Consultancy bergambar bersama sebahagian penduduk kampung yang telah mendapat agihan korban tahun ini – 

Sesungguhnya peningkatan penyertaan tahun ini sebanyak 100% berbanding tahun lepas terus membakar lagi semangat kami untuk meneruskan program ini bagi membantu fakir-miskin di Kemboja lagi tahun depan, Insya-Allah..

Berikut adalah STATISTIK PERNYERTAAN PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA;

1) 1431H / 2010M = 11 EKOR

2) 1432H / 2011M = 24 EKOR

3) 1433H / 2012M = 97 EKOR

Agihan daging korban pada tahun ini dapat diagihkan kepada kampung-kampung lain dengan bertambahnya bilangan penyertaan korban. Penduduk kampung yang mendapat agihan sebanyak 2kg seorang menyatakan kegembiraan dan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanyayang menyertai Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja ini.

Imej

– Pengarah Urusan An Nur Hijrah Consultancy, Ustaz Haji Mohd. Rizal Mokter sedang menyampaikan agihan daging Korban kepada sebahagian penduduk Kampung Po Thi In, Steng, Kompong Cham –

Untuk Program Aqiqah, kami telah mengadakan majlis jamuan aqiqah dan ada juga yang kami agihkan pada penduduk kampung yang mengadakan majlis kenduri kahwin anak-anak mereka.

IMG_1212

Kami juga telah selesai mengedarkan sijil, resit dan gambar kepada semua peserta tahun ini dan masing-masing berpuas hati dan menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kami yang telah selamat melaksanakan ibadah tersebut tahun ini.

Selain itu, kami juga telah mengagihkan wang sedekah, zakat, nazar, fidyah, waqaf serta pakaian seperti pakaian terpakai, telekung dan kain pelekat sumbangan dari rakyat Malaysia kepada insan-insan dhaif dan fakir yang benar-benar memerlukan. Terima kasih diucapkan kepada para penderma sekalian. Hanya Allah sahaja yang layak meberi ganjaran atas sumbangan tersebut.

156685_2532867617770_1647952594_n– Kanak-kanak di Kemboja tersenyum kegembiraan menerima agihan duit sumbangan dari rakyat Malaysia yang disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd. Rizal bin Mokter – 

60731_2532713893927_1513764522_n

– Sebahagian penduduk fakir miskin yang menerima agihan duit zakat dan sedekah dari rakyat Malasysia bergambar bersama Ustaz Rizal  dan Ustaz Syafie –

270486_2532869497817_1155538719_n

– Sebahagian murid-murid dan ustaz di Sekolah Menengah Agama An-Nikmah, Po Thi In yang menerima sumbangan zakat beras dan agihan daging korban –

Kami juga telah menyelesaikan pembinaan 34 buah perigi untuk Program Waqaf Perigi di Kemboja sejak program ini dilancarkan 2 tahun yang lalu. Penyertaan juga semakin meningkat sepanjang tahun.

381870_2550770465330_310298279_n

– Sebahagian perigi pam yang telah siap dibina sumbangan WAQAF dari rakyat Malaysia –

Akhir sekali, kami dari An Nur Hijrah Consultancy ingin merakamkan jutaan penghargaan sekali lagi kepada semua yang sudi menyertai program kami pada tahun ini dan sentiasa mendoakan agar perjalanan kami menguruskan ibadah ini dimudahkan oleh Allah SWT…

Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan dan penyertaan dari seluruh rakyat Malaysia amatlah dialu-alukan…Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, 

Ustazah Jamilah binti Mokter

Urusetia 

Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja

An Nur Hijrah Concultancy (001760142-X)

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang lain sepanjang pelaksanaan Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja untuk tahun 2012M/1433H.

403483_2532669852826_2059547051_n

223754_2532671972879_760587321_n

554079_2527916453994_2017950172_n

404658_2532789375814_175736323_n

1029_2532674572944_34966735_n

28063_2527919534071_1107123021_n

KISAH MOTIVASI 1, 2 DAN 3

KISAH MOTIVASI 1 (03.08.2012)

Semalam berpeluang menemankan suami yang menjadi imam di majlis berbuka puasa di rumah seorang tokoh dermawan di Rawang. Saban tahun menganjurkan majlis seperti ini untuk anak-anak yatim, fakir-miskin dan pelajar-pelajar sekolah agama di Rawang sepanjang Ramadhan.

Selain ditemani kakak ipar, saya sempat berbual dengan isteri tuan rumah, seorang surirumah yang bukan biasa-biasa. Saya lihat di sekeliling pagar rumah mereka dikelilingi pokok-pokok naga yang subur, sangkar-sangkar pelbagai jenis binatang yang sihat, kawasan dan laman rumah yang luas, bersih dan tersusun rapi. Ternyata tekaan saya bahawa mereka mempunyai pembantu rumah meleset sama sekali. Semua kerja-kerja menguruskan kebun kecil, taman haiwan dan di rumah dilakukan oleh isteri tuan rumah di samping bantuan anak sulung mereka yang lelaki. Subhanallah..

Saya juga menjadi sangat kagum melihat hubungan akrab si ibu dengan 4 orang anaknya.Tanpa segan-silu saya terus bertanya dan berbual-bual mengenai cara mendidik anak-anak. Tips menarik yang ingin saya kongsikan ialah sedari kecil ajar anak-anak ucap dua kalimah; “terima kasih” dan “minta maaf”. Insya Allah anak-anak akan terbiasa sehingga dewasa. Anak-anak apabila sudah biasa memohon maaf secara tidak langsung membentuk karakter anak yang tidak ego dan jujur. Begitu juga dengan terima kasih membentuk karakter anak yang mudah menghargai sesuatu walaupun sekadar ucap “terima kasih, ibu” setiap kali selepas makan. Simple dan ajaib, kan!Moga saya dan sahabat-sahabat saya mampu menjadi ummi yang terbaik, insya Allah..
………………………………………………………………………………………………………..

KISAH MOTIVASI 2 (12.07.2012)

Selepas daftar for monthly check-up di klinik tadi, saya singgah di kedai makan. Niat di hati, mahu beli nasi bungkus saja namun bila nampak saja lauk, terus jadi kelaparan kerana hanya makan 2 keping roti saja sebelum keluar pagi tadi.
……………………………………
Saya ternampak seorang makcik yang makan sendirian. Mula-mula nak makan sendiri, tetapi saya tertarik dengan ‘aura’ makcik ni lalu dengan tidak malunya saya ‘offer’ diri untuk makan bersama. Sebelum ini tak pernah buat macam tu pun melainkan meja sudah penuh. Ternyata rahmat Allah Maha Luas, saya berpeluang berjumpa seorang makcik yang pernah memegang posisi besar dalam sektor kerajaan dan sekarang sudah bersara dan mengisi masa lapangnya dengan menghadiri kelas-kelas di masjid. Umur sudah menjangkau 65 tahun tetapi masih sihat dan boleh memandu ke sana dan ke sini…

Ketika itu beliau sedang memikirkan samaada mahu pergi ke Melaka ke tidak selepas makan dengan saya untuk menziarahi anak saudaranya…
Dalam hati saya kata, hebatnya makcik ni boleh memandu sendirian ke sana….
……………………………………..
Ternyata, hati rasa bersyukur kerana Allah sentiasa mempertemukan saya dengan insan-insan hebat yang mempunyai pengalaman luar biasa. Saya mesti jadi kuat seperti makcik tadi….:)
…………………………………………………………………………………………………………..
KISAH MOTIVASI 3 (12.07.2012)
Pesanan seorang pakcik yang sudah berkahwin selama 35 tahun…..
Walaupun sekadar bergurau, tetapi isi pentingnya saya ambil dan kongsikan…
……………………………………………
“Sesibuk mana seorang isteri terutamanya yang memegang jawatan besar di pejabat atau mana-mana saja posisi, berusahalah untuk masak di rumah….Suami memang boleh makan di luar, tetapi di sudut hati dalam seorang lelaki sangat merindui air tangan isteri kesayangannya….Bila dah siap masak, hidangkanlah untuk suami…jangan biarkan suami ambil dan makan sendirian lantaran kesibukan kita melayan anak-anak dan kepenatan pulang dari tempat kerja…Berusahalah untuk melayan suami dan menjaga pakaian dan makan minum suami seperti baru mula-mula berkahwin, insya Allah kasih sayang akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat…Itulah rahsia kebahagiaan perkahwinan pakcik dan isteri…”

…………………………………………….
So sweet…:)
Insya Allah…kita sama-sama berusaha yang terbaik untuk menjadi isteri dan ibu yang solehah, amin…
……………………………………………………………………………………………………….

PROGRAM WAQAF PERIGI DI KEMBOJA


Program Waqaf Perigi di Kemboja adalah program yang kami laksanakan sepanjang tahun selain Qurban dan Aqiqah di sana. Alhamdulillah, setakat ini sambutan dari rakan-rakan di Malaysia sangatlah menggalakkan dan setiap tahun penyertaan semakin meningkat.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, program waqaf ini dilaksanakan atas permintaan penduduk Islam di kampung suami (Kg.Potien, Kompong Cham) yang menyatakan kesukaran mendapat bekalan air yang bersih  kerana tiada bekalan paip air disediakan di sana terutamanya kawasan-kawasan kampung. Mereka mewakilkan saya dan suami untuk memohon kepada mana-mana rakyat Malaysia yang dermawan dan berkelapangan rezki untuk membuat waqaf perigi di sana. Mereka tidak mampu membina perigi sendiri kerana kosnya sangat mahal pada mereka.

– Anak saya, Naufal (1 tahun 3 bulan) didokong oleh neneknya bergambar dengan wanita-wanita yang sudah berusia tetapi masih bekerja kuat menampi padi untuk mencari sesuap rezki dengan menyimpan bekalan beras untuk mereka gunakan selama 1 tahun dan disimpan di dalam stor di bawah rumah mereka – 

Kebanyakan penduduk kampung tidaklah mempunyai pendapatan tetap. Mereka hanya bekerja kampung seperti bertani, menjual sayur-sayuran, mengusahakan sawah padi dan membawa motor teksi. Kebanyakan hanya mampu meraih 8000 rial ataupun RM8 sehari. Itupun jika mereka mempunyai pekerjaan tetap seperti membawa motor teksi. Banyak manala RM8 sehari. Ada juga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap seperti mengusahakan sawah padi. Mereka selalunya simpan untuk bekalan beras selama 1/2 atau 1 tahun.  Itu pun bergantung kepada hasil tuaian sawah padi mereka. Saya juga melihat sendiri mereka makan pun ala kadar dan memang tidak semewah kita.

 

Cuba bayangkan harga barang-barang dapur sama harga seperti kita di Malaysia. Tetapi harga daging dan ayam memang mahal. Kalau daging saja 1kg dah RM28 dan ayam pula 1kg RM13. Bagaimana mahu membeli lauk-lauk untuk makan sedangkan gaji mereka 1 hari hanyalah RM8.00. Memang mereka tak mampu…Itulah realiti kehidupan saudara seagama kita di sana.

– Inilah jalan utama di Kg.Potien, Kompong Cham…masih tanah merah dan sangat berdebu dan suasana menjadi teruk apabila angin kuat bertiup sehingga rumah-rumah di tepi jalan semuanya menjadi warna merah terkena debu yang berterbangan –

– Lihatlah..masih wujud lagi insan yang seagama dengan kita tinggal di pondok usang lantaran kesempitan hidup…sayu hati saya melihat mereka tabah dan kuat menghadapi ujian ini  –

Bermula dengan pembinaan perigi pertama yang kami uruskan di sana pada tahun 2010, sangatlah menggembirakan penerima waqaf perigi tersebut iaitu seorang nenek tua, Puan Maryam yang tinggal bersama anak dan cucu-cucunya. Sebelum ini, mereka terpaksa menumpang perigi jiran sebelah untuk mengangkut air ke atas rumah dan kegunaan harian yang lain.

– Bantuan perigi pertama yang kami uruskan di sana, alhamdulillah siap dalam masa 2 minggu –

Begitulah seterusnya dengan perigi-perigi lain yang dibina di sekolah-sekolah  tahfiz &agama dan di kampung-kampung yang berdekatan.

Saya menyeru kepada insan-insan di luar sana yang mempunyai kelapangan rezeki, bolehlah bersama-sama  membantu umat Islam di Kemboja demi meningkatkan syiar Islam di sana yang umat Islamnya hanyalah masyarakat minoriti.  Jika terdapat sebarang persoalan dan berminat untuk menyertai projek waqaf perigi ini, bolehlah hubungi kami di talian 019-3412286 (Ustaz Syafie @Sos Saphiy). Jangan risau, suami saya fasih berbahasa Melayu 🙂

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini dan boleh share maklumat ini kepada sahabat-sahabat yang lain, insya Allah…