LAPORAN PERJALANAN PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA 1434H

IMG_4024      IMG_4186

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih terus diberikan nikmat Iman dan Islam serta rezeki yang melimpah-ruah yang membolehkan kita berkongsi rezeki tersebut bersama insan-insan yang sangat memerlukan.

Pada tahun ini, pihak An Nur Hijrah Consultancy sudah pun menyelesaikan pelaksanaan Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja kiriman rakan-rakan dari Malaysia pada 25 dan 26 November yang lalu sebanyak 163 ekor ternakan…iaitu 112 ekor lembu dan 10 ekor kambing untuk Qurban, dan 23 ekor lembu dan 18  ekor kambing untuk Aqiqah. IMG_4160– Para petugas An Nur Hijrah Consultancy bergambar bersama sebahagian penduduk kampung yang telah mendapat agihan korban tahun ini – 

Sesungguhnya peningkatan penyertaan tahun ini sebanyak 100% berbanding tahun lepas terus membakar lagi semangat kami untuk meneruskan program ini bagi membantu fakir-miskin di Kemboja lagi tahun depan, Insya-Allah..

1) 1431H / 2010M = 11 EKOR

2) 1432H / 2011M = 24 EKOR

3) 1433H / 2012M = 97 EKOR

4) 1434H/2013M = 163 EKOR

IMG_4153– Pengarah Urusan An Nur Hijrah Consultancy, Ustaz Haji Mohd. Rizal Mokter sedang menyampaikan agihan daging Korban kepada sebahagian penduduk Kampung Po Thi In, Steng, Kompong Cham –

Untuk Program Aqiqah, kami telah mengadakan majlis jamuan aqiqah dan ada juga yang kami agihkan pada penduduk kampung yang mengadakan majlis kenduri kahwin anak-anak mereka.

    IMG_3881 IMG_3873 IMG_3886

Selain itu, kami juga telah mengagihkan wang sedekah, zakat, nazar, fidyah, waqaf serta pakaian seperti pakaian terpakai, telekung dan kain pelekat sumbangan dari rakyat Malaysia kepada insan-insan dhaif dan fakir yang benar-benar memerlukan. Terima kasih diucapkan kepada para penderma sekalian. Hanya Allah sahaja yang layak meberi ganjaran atas sumbangan tersebut.

 IMG_4192 IMG_3473– Sebahagian penduduk fakir miskin yang menerima agihan duit zakat dan sedekah dari rakyat Malasysia bergambar bersama Ustaz Rizal  dan isteri –

Kami juga telah menyelesaikan pembinaan 63 buah perigi untuk Program Waqaf Perigi di Kemboja sejak program ini dilancarkan 2 tahun yang lalu. Penyertaan juga semakin meningkat sepanjang tahun.

IMG_3823 IMG_3818 IMG_3816 IMG_3812      – Sebahagian perigi pam yang telah siap dibina sumbangan WAQAF dari rakyat Malaysia –

Akhir sekali, kami dari An Nur Hijrah Consultancy ingin merakamkan jutaan penghargaan sekali lagi kepada semua yang sudi menyertai program kami pada tahun ini dan sentiasa mendoakan agar perjalanan kami menguruskan ibadah ini dimudahkan oleh Allah SWT…

Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan dan penyertaan dari seluruh rakyat Malaysia amatlah dialu-alukan…Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, 

Ustazah Jamilah binti Mokter

Urusetia 

Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja 1434H

An Nur Hijrah Concultancy (001760142-X)

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang lain sepanjang pelaksanaan Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja untuk tahun 2013M/1434H.

IMG_3128 IMG_3135 IMG_3138 IMG_3130 IMG_3219 IMG_3267 IMG_3275 IMG_3292 IMG_3486 IMG_3540 IMG_3221 IMG_3540 IMG_3486 IMG_3130 IMG_3138 IMG_3292 IMG_3275 IMG_3267  IMG_3128

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s