KISAH MOTIVASI 1, 2 DAN 3

KISAH MOTIVASI 1 (03.08.2012)

Semalam berpeluang menemankan suami yang menjadi imam di majlis berbuka puasa di rumah seorang tokoh dermawan di Rawang. Saban tahun menganjurkan majlis seperti ini untuk anak-anak yatim, fakir-miskin dan pelajar-pelajar sekolah agama di Rawang sepanjang Ramadhan.

Selain ditemani kakak ipar, saya sempat berbual dengan isteri tuan rumah, seorang surirumah yang bukan biasa-biasa. Saya lihat di sekeliling pagar rumah mereka dikelilingi pokok-pokok naga yang subur, sangkar-sangkar pelbagai jenis binatang yang sihat, kawasan dan laman rumah yang luas, bersih dan tersusun rapi. Ternyata tekaan saya bahawa mereka mempunyai pembantu rumah meleset sama sekali. Semua kerja-kerja menguruskan kebun kecil, taman haiwan dan di rumah dilakukan oleh isteri tuan rumah di samping bantuan anak sulung mereka yang lelaki. Subhanallah..

Saya juga menjadi sangat kagum melihat hubungan akrab si ibu dengan 4 orang anaknya.Tanpa segan-silu saya terus bertanya dan berbual-bual mengenai cara mendidik anak-anak. Tips menarik yang ingin saya kongsikan ialah sedari kecil ajar anak-anak ucap dua kalimah; “terima kasih” dan “minta maaf”. Insya Allah anak-anak akan terbiasa sehingga dewasa. Anak-anak apabila sudah biasa memohon maaf secara tidak langsung membentuk karakter anak yang tidak ego dan jujur. Begitu juga dengan terima kasih membentuk karakter anak yang mudah menghargai sesuatu walaupun sekadar ucap “terima kasih, ibu” setiap kali selepas makan. Simple dan ajaib, kan!Moga saya dan sahabat-sahabat saya mampu menjadi ummi yang terbaik, insya Allah..
………………………………………………………………………………………………………..

KISAH MOTIVASI 2 (12.07.2012)

Selepas daftar for monthly check-up di klinik tadi, saya singgah di kedai makan. Niat di hati, mahu beli nasi bungkus saja namun bila nampak saja lauk, terus jadi kelaparan kerana hanya makan 2 keping roti saja sebelum keluar pagi tadi.
……………………………………
Saya ternampak seorang makcik yang makan sendirian. Mula-mula nak makan sendiri, tetapi saya tertarik dengan ‘aura’ makcik ni lalu dengan tidak malunya saya ‘offer’ diri untuk makan bersama. Sebelum ini tak pernah buat macam tu pun melainkan meja sudah penuh. Ternyata rahmat Allah Maha Luas, saya berpeluang berjumpa seorang makcik yang pernah memegang posisi besar dalam sektor kerajaan dan sekarang sudah bersara dan mengisi masa lapangnya dengan menghadiri kelas-kelas di masjid. Umur sudah menjangkau 65 tahun tetapi masih sihat dan boleh memandu ke sana dan ke sini…

Ketika itu beliau sedang memikirkan samaada mahu pergi ke Melaka ke tidak selepas makan dengan saya untuk menziarahi anak saudaranya…
Dalam hati saya kata, hebatnya makcik ni boleh memandu sendirian ke sana….
……………………………………..
Ternyata, hati rasa bersyukur kerana Allah sentiasa mempertemukan saya dengan insan-insan hebat yang mempunyai pengalaman luar biasa. Saya mesti jadi kuat seperti makcik tadi….:)
…………………………………………………………………………………………………………..
KISAH MOTIVASI 3 (12.07.2012)
Pesanan seorang pakcik yang sudah berkahwin selama 35 tahun…..
Walaupun sekadar bergurau, tetapi isi pentingnya saya ambil dan kongsikan…
……………………………………………
“Sesibuk mana seorang isteri terutamanya yang memegang jawatan besar di pejabat atau mana-mana saja posisi, berusahalah untuk masak di rumah….Suami memang boleh makan di luar, tetapi di sudut hati dalam seorang lelaki sangat merindui air tangan isteri kesayangannya….Bila dah siap masak, hidangkanlah untuk suami…jangan biarkan suami ambil dan makan sendirian lantaran kesibukan kita melayan anak-anak dan kepenatan pulang dari tempat kerja…Berusahalah untuk melayan suami dan menjaga pakaian dan makan minum suami seperti baru mula-mula berkahwin, insya Allah kasih sayang akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat…Itulah rahsia kebahagiaan perkahwinan pakcik dan isteri…”

…………………………………………….
So sweet…:)
Insya Allah…kita sama-sama berusaha yang terbaik untuk menjadi isteri dan ibu yang solehah, amin…
……………………………………………………………………………………………………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s