PROGRAM WAQAF PERIGI DI KEMBOJA


Program Waqaf Perigi di Kemboja adalah program yang kami laksanakan sepanjang tahun selain Qurban dan Aqiqah di sana. Alhamdulillah, setakat ini sambutan dari rakan-rakan di Malaysia sangatlah menggalakkan dan setiap tahun penyertaan semakin meningkat.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, program waqaf ini dilaksanakan atas permintaan penduduk Islam di kampung suami (Kg.Potien, Kompong Cham) yang menyatakan kesukaran mendapat bekalan air yang bersih  kerana tiada bekalan paip air disediakan di sana terutamanya kawasan-kawasan kampung. Mereka mewakilkan saya dan suami untuk memohon kepada mana-mana rakyat Malaysia yang dermawan dan berkelapangan rezki untuk membuat waqaf perigi di sana. Mereka tidak mampu membina perigi sendiri kerana kosnya sangat mahal pada mereka.

– Anak saya, Naufal (1 tahun 3 bulan) didokong oleh neneknya bergambar dengan wanita-wanita yang sudah berusia tetapi masih bekerja kuat menampi padi untuk mencari sesuap rezki dengan menyimpan bekalan beras untuk mereka gunakan selama 1 tahun dan disimpan di dalam stor di bawah rumah mereka – 

Kebanyakan penduduk kampung tidaklah mempunyai pendapatan tetap. Mereka hanya bekerja kampung seperti bertani, menjual sayur-sayuran, mengusahakan sawah padi dan membawa motor teksi. Kebanyakan hanya mampu meraih 8000 rial ataupun RM8 sehari. Itupun jika mereka mempunyai pekerjaan tetap seperti membawa motor teksi. Banyak manala RM8 sehari. Ada juga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap seperti mengusahakan sawah padi. Mereka selalunya simpan untuk bekalan beras selama 1/2 atau 1 tahun.  Itu pun bergantung kepada hasil tuaian sawah padi mereka. Saya juga melihat sendiri mereka makan pun ala kadar dan memang tidak semewah kita.

 

Cuba bayangkan harga barang-barang dapur sama harga seperti kita di Malaysia. Tetapi harga daging dan ayam memang mahal. Kalau daging saja 1kg dah RM28 dan ayam pula 1kg RM13. Bagaimana mahu membeli lauk-lauk untuk makan sedangkan gaji mereka 1 hari hanyalah RM8.00. Memang mereka tak mampu…Itulah realiti kehidupan saudara seagama kita di sana.

– Inilah jalan utama di Kg.Potien, Kompong Cham…masih tanah merah dan sangat berdebu dan suasana menjadi teruk apabila angin kuat bertiup sehingga rumah-rumah di tepi jalan semuanya menjadi warna merah terkena debu yang berterbangan –

– Lihatlah..masih wujud lagi insan yang seagama dengan kita tinggal di pondok usang lantaran kesempitan hidup…sayu hati saya melihat mereka tabah dan kuat menghadapi ujian ini  –

Bermula dengan pembinaan perigi pertama yang kami uruskan di sana pada tahun 2010, sangatlah menggembirakan penerima waqaf perigi tersebut iaitu seorang nenek tua, Puan Maryam yang tinggal bersama anak dan cucu-cucunya. Sebelum ini, mereka terpaksa menumpang perigi jiran sebelah untuk mengangkut air ke atas rumah dan kegunaan harian yang lain.

– Bantuan perigi pertama yang kami uruskan di sana, alhamdulillah siap dalam masa 2 minggu –

Begitulah seterusnya dengan perigi-perigi lain yang dibina di sekolah-sekolah  tahfiz &agama dan di kampung-kampung yang berdekatan.

Saya menyeru kepada insan-insan di luar sana yang mempunyai kelapangan rezeki, bolehlah bersama-sama  membantu umat Islam di Kemboja demi meningkatkan syiar Islam di sana yang umat Islamnya hanyalah masyarakat minoriti.  Jika terdapat sebarang persoalan dan berminat untuk menyertai projek waqaf perigi ini, bolehlah hubungi kami di talian 019-3412286 (Ustaz Syafie @Sos Saphiy). Jangan risau, suami saya fasih berbahasa Melayu🙂

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini dan boleh share maklumat ini kepada sahabat-sahabat yang lain, insya Allah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s