WARNA WARNI TAHUN 2010

MUQADDIMAH

Alhamdulillah syukur pada Mu Ya Allah kerana mengizinkan jari-jemari ini untuk meng’update’ blog yang dah lama bersawang ini. Saya berazam untuk mengemaskini blog saya sebelum tahun baru menjelma. Jadi, saya kuat-kuatkan semangat untuk mencatat sesuatu yang boleh dikongsi bersama untuk tatapan pembaca blog saya..

Sekejap saja rasanya tahun 2010 bakal berakhir. Tahun ini saya lalui kehidupan ini dengan sibuk sekali. Lantaran tugasan yang bertambah di sekolah dan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri juga. Syukur pada Mu Ya Allah di atas segala nikmat dan kasih sayang yang Kau berikan..

PERKAHWINAN 03/12/2009

Amanah dan tanggungjawab terpikul di bahuku tatkala lafaz akad nikah dilafazkan oleh suamiku tersayang, Syafie bin Yusof. Saya berazam untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali..Perkenalan selama hampir 4 tahun akhirnya dapat kami hidup bersama sebagai suami isteri walaupun terdapat pelbagai halangan, cabaran dan tribulasi sepanjang perkenalan kami. Kami tidak bertunang dan terus saja menguruskan urusan pernikahan dan majlis walimah sejurus sahaja suami habis belajar di Mesir.

– Majlis Pernikahan di Masjid Kg.Sg.Manggis, Banting…hari yang paling bersejarah untuk kami berdua…

– selepas majlis akad nikah-

Syukur alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun masa untuk melakukan persiapan majlis kami tidak sampai sebulan pun. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada seluruh keluargaku, sanak-saudara, jiran-jiran dan sahabat-handai yang sudi memeriahkan majlis kami.


‘GOOD NEWS’ PADA FEBRUARI 2009

Kami memulakan hidup bersama-sama di Sarikei, Sarawak dan selepas baru saja 2 bulan dalam proses ‘ta’aruf’/berkenalan, alhamdulillah kami mendapat berita gembira bahawa saya telah pun mengandung 2 bulan. Saya dijangka akan bersalin pada September 2010. Pada mulanya ‘alahan’ saya sangat teruk dan hampir setiap pagi saya akan muntah dan saya akan pergi sekolah dalam keadaan yang agak kurang bermaya kerana tak lalu makan. Sehingga pada suatu malam, saya menangis kerana terlalu lapar dan tidak boleh makan apa-apa. Jika saya makan, saya pasti akan muntah. Syukurlah ketika itu suami sentiasa di sisi memberi semangat dan rajin masak bubur ayam untuk saya. Kadang-kadang pukul 2 pagi pun dia masak..so sweet memory🙂

SEPTEMBER 2010

Alhamdulillah, saya mula stabil dan enjoy ‘my pregnancy’ bila dah masuk bulan ke-4 dan 5..Saya mula kuat makan dan rasa seronok tak terkata bila pertama kali merasa tendangan ‘baby’ tersayang..’cute’ sangat rasanya..tak sabar nak tunggu dia keluar..Amalan dan pemakanan sepanjang mengandung memang saya kena jaga..walaupun saya selalu sedih sebab terpaksa berjauhan dengan suami yang bekerja di Semenanjung masa kandungan saya 4 bulan. Surah Maryam dan terjemahan, Surah Yusof dan terjemahan dan  surah Luqman menjadi peneman saya di kala saya lemah dan tidak bersemangat.

– Eidulfitri 2010 bersama suami dan ‘baby’-

– hari ke-2 Naufal lahir-

Bulan September 2010, pada 1-4 Syawal saya masih boleh beraya sakan dengan suami. Maklumlah ‘1st time’ beraya bersama-sama. Pada tarikh jangkaan saya bersalin, 14 September 2010, akhirnya bayi lelaki saya, Muhammad Naufal Zuhaili bin Syafie selamat dilahirkan secara ‘normal’ pada pukul 8.18 malam seberat 3.01kg dan disaksikan sendiri oleh suami tersayang’. Syukur tidak mengalami sebarang masalah dan tidak mengambil masa yang lama. Sakit bersalin memanglah tidak dapat digambarkan namun ia hilang serta-merta tatkala melihat wajah suci zuriat sendiri..

HARI-HARI SEBAGAI ‘UMMI’…

Naufal pada hari ke-33-

– Naufal dah 3 bulan, pandai senyum, ketawa dan bercerita bahasanya sendiri –

Sekarang saya sangat bahagia melihat perkembangan Naufal yang sedang membesar..Seronok melihat dia tersenyum dan ketawa setiap hari. Ada saja benda baru yang akan dilakukan setiap hari.

– dah pandai hisap jari dah anak ummi-

– 10.12.2010 – Naufal dah pandai mengiring ke kiri untuk pertama kalinya –

Kalau boleh setiap saat saya mahu melihat perubahan dan kebolehan dirinya yang semakin bertambah. saya tidak mahu ketinggalan pada saa-saat dia pertama kali boleh melakukan sesuatu..Baru tahu inilah fitrah sebagai ibu…Moga anak ummi menjadi anak yang soleh dan menjadi penyejuk hati kami berdua..


2 thoughts on “WARNA WARNI TAHUN 2010

  1. jamilah82

    terima kasih sudi baca kak chu..insya Allah ada masa ana ‘update’ lagi..hari ni baru je free..baru boleh type nt..doakan ana kuat semangat untuk terus menulis ye nt..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s