SYUKUR ALHAMDULILLAH..

Alhamdulillah..kesyukuran dirafa’kan kehadrat Allah Ta’ala kerana akhirnya selesai juga tugasanku untuk tahun 2009 dan kini bermulalah tugasan 2010..

Sudah 2 bulan berlalu dan tugasan tahun ini juga masih mencabar walaupun tidak mengajar tahun 6 lagi tetapi masih mengajar Bahasa Melayu Tahun 4 selain Pendidikan Islam. Tahun ini ditugaskan menjadi Guru Kelas Tahun 4 yang dikatakan murid paling nakal dan tidak berdisiplin. Namun alhamdulillah setakat ini selama 2 bulan mereka masih lagi boleh dikawal. Rupa-rupanya pendekatan yang sesuai perlu digunakan untuk mengawal mereka. Memang perlu tegas tetapi tidak boleh terlampu garang sehingga mereka takut. Setiap tahun menghadapi pelbagai murid yang pelbagai ragam. Biasala budak-budak kan…

Ingin saya kongsikan pengalaman saya mengajar subjek UPSR tahun lepas. Memang pengalaman yang sangat berharga dan menggembirakan apabila mengetahui keputusan UPSR keseluruhan sekolah meningkat dari 17% pada tahun lepas kepada 41%. Dan alhmadulillah kami tidak lagi tergolong dalam kategori Sekolah Prestasi Rendah (SPR)…Walaupun tahun ini adalah tahun ke-2 mengajar, dan tahun pertama mengajar BM untuk UPSR..alhamdulillah keputusan anak-anak muridku sangat membanggakan..Keputusan akhir tahun mereka masa tahun 5 sangat memeranjatkan kerana kebanyakan mereka tidak lulus semua subjek UPSR..satu tanggunggjawab yang sangat besar perlu digalas tahun lepas apabila diamanahkan untuk menjadi guru kelas Tahun 6. Tetapi alhamdulillah….akhirnya mereka berjaya…

Berkaitan subjek Bahasa Melayu pula, Bahasa Melayu Kertas 1 hanya seorang murid sahaja yang gagal menjadikan keputusan BM keseluruhan tahun ini 92%. Bahasa Melayu Kertas 2 (Penulisan), hanya 2 orang yang gagal menjadikan peratus keseluruhan 88%. Itupun murid yang gagal adalah disebabkan murid yang memang tidak boleh menulis dan membaca dengan betul dari Tahun 1 kerana masalah kesihatan.


Semuanya tinggal kenangan dan kebanyakan mereka sudah pun berada di Tingkatan 1 di sekolah menengah masing-masing. Terima kasih kepada bekas anak-anak muridku kerana memberi peluang kepada ustazah untuk mendidik diri kalian semua menjadi insan yang berguna. Doakan ustazah mampu sabar dan kuat untuk terus mendidik adik-adik kalian yang lain di SK Udin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s