SALAM MAULIDURRASUL 1431H

Alhamdulillah kesyukuran dirafa’kan kehadrat Allah SWT kerana mengizinkan saya untuk meng’update’ blog yang sudah hampir setengah tahun tidak saya usik. Memandangkan kesibukan tugasan harian sebagai guru dan hal-hal lain dan juga penyediaan diri untuk berpindah ke alam perkahwinan….dan setelah bersama dengan orang yang tersayang..juga sibuk dengan urusan yang pelbagai….Begitulah lumrah kehidupan…Saya ingin memohon maaf kepada pembaca blog ini kerana melihat blog saya sudah lama tiada perubahan….

Jadi, pada malam ini, sempena Maulidurrasul, saya mengambil kesempatan untuk memastikan diri saya dapat mencatat sesuatu yang terbaru sebagai pesanan untuk diri ini dan juga sahabat-sahabat…

Berkurun lama Rasulullah SAW sudah meninggalkan kita namun syiar Islam masih terus syumul di segenap alam sarwajagat.

Benarlah maksud firman Allah : “Dan tidak aku utuskan engkau (Nabi Muhammad) melainkan sebagai rahmat ke sekian alam”….

Di sana-sini orang menyambut Malulidurrasul dengan pelbagai cara. Ada yang membuat ceramah, majlis perarakan, pertandingan marhaban dan bernasyid….dan sebagainya….Semuanya bertujuan untuk mengingati Hari Kebesaran Kelahiran Nabi Junjungan Besar yang sentiasa kita rindui iaitu Nabi Muhammad SAW. Apa jua pun cara, asalkan seiring dengan Syariah Allah.

Cara untuk menunjukkan kita cinta dan sayang pada Nabi Muhammad SAW :

1) Belajar, Hayati, Amalkan dan Sebarkan isi kandungan Al-Quran dan sunnah.

Di antara tanda-tanda mencintai Rasulullah adalah mencintai Al-Qur’an yang diturunkan kepadanya dan baginda SAW mengambil petunjuk, membimbing [manusia] dengannya serta berakhlak dengannya, sehingga ‘Aisyah menyatakan: “Sesungguhnya akhlak baginda s.a.w. adalah al-Qur’an.” – Hadis Riwayat Muslim, no: 1233.

2) Banyakkan selawat.

Firman Allah SWT : “Sesungguhnya Allah dan Malaikat berselawat ke atas Nabi. Oleh itu, wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penuh kehormatan.” (Surah Al-Ahzab:56)

3) Rajin bercerita mengenai Sirah Nabi SAW.

Pada masa sekarang ini, penghayatan terhadap sirah Nabi masih kurang terutamanya di kalangan kanak-kanak. Jadi, kita perlu hidupkan semula supaya penghayatan terhadap sirah Nabi dari perjalanannya dari lahir sehinggalah baginda wafat. Semunya penuh dengan ibrah dan ‘izot (pengajaran dan peringatan).

4) Membenci golongan yang dibenci Nabi Muhammad SAW.

Firman ALLAH S.W.T.

“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) ALLAH dan Rasul-NYA, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, ALLAH telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripada-NYA; dan DIA akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. ALLAH redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-NYA. Merekalah penyokong-penyokong (agama) ALLAH. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) ALLAH itu ialah orang-orang yang berjaya.” – Surah Al-Mujadaalah: 22

Begitulah sebahagian dari banyak cara untuk mencintai dan menyayangi Nabi Muhammad SAW.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s