CERAMAH MOTIVASI UPSR 2009

kata-kataPada bulan Mac yang lalu telah diadakan ceramah motivasi UPSR di sekolah. Target peserta adalah murid tahun 6 seramai 17 dan tahun 5 juga seramai 17 orang. Dengan bajet yang sederhana kami laksanakan program ini seadanya.Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.

Apa yang menarik yang ingin saya kongsikan di sini ialah disebabkan mereka adalah berbangsa Iban, maka penceramah yang dipilih ialah tokoh guru yang sudah bersara dari kalangan mereka. Setelah setahun berada di sini tak sangka dah boleh faham ‘jakuk Iban’ (bercakap Iban). Yela, sebab setiap hari mendengar perkataan yang sama, maka secara ‘automatik’ dah boleh bercakap Iban siki-sikit.

dengar-ceramah

-Sebahagian peserta sedang mendengar ceramah-

cikgu-edmund Berbalik kepada ceramah motivasi tadi, kebanyakan pengisian lebih kepada teknik     pembelajaran yang disampaikan oleh 2 orang penceramah iaitu Cikgu Edmund dan Cikgu Edwars. Penyampaian yang bersahaja dan berbentuk nasihat supaya mereka belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarga mereka. Kebanyakan mereka adalah dari keluarga miskin tetapi kesedaran untuk berjaya masih kurang. Terdapat murid-murid yang terdahulu yang hanya sekolah setakat darjah 6 sahaja. Fenomena ini amat menyedihkan…tetapi itulah realiti yang berlaku…kekurangan kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan anak-anak masih berlaku di sini.

Kebanyakan murid-murid di sini mendapat bantuan duit KWAM (biasiswa untuk anak-anak yang miskin). Setiap seorang mendapat RM200 setahun. Harapnya bantuan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh ibu bapa untuk membeli keperluan sekolah anak-anak mereka. Selain itu, mereka juga tinggal di asrama. Sebab itulah perlu sentiasa diberi motivasi dan peringatan supaya sentiasa rajin belajar dan sentiasa memanfaatkan masa sebaiknya. Alhamdulillah selepas program ini terdapatlah sedikit perubahan pada sikap murid. Itulah yang diharap-harapkan kerana UPSR sudahpun semakin hampir. Hanya tinggal 4 bulan sahaja.

Di antara tip yang ‘simple’ dan menarik yang dikongsikan oleh kedua-dua penceramah ialah;

1) Matematik :

– Mesti hafal sifir.

– Gunting bahagian belakang buku lama yang mempunyai sifir.

– Bawa kertas sifir ke mana-mana dan masukkan ke dalam poket. Jika ada masa lapang, baca dan hafal

sifir.

2) B. Inggeris :

– Catat perkataan yang tidak faham dalam buku kecil.

– Berlatih ‘speaking’.

3)  Sains’ : – Mesti faham konsep.

– Rajin bertanya dan ‘critical thinking’.

4) Bahasa Melayu :

– Bercakap Bahasa Melayu.

– Banyakkan latihan tatabahasa.

– Banyakkan latihan esei.

Nampak saja panduan yang ‘simple’ tetapi jika mereka amalkan secara berterusan, Insya-Allah boleh berjaya. Saya yakin mereka boleh kerana setelah mengajar mereka Bahasa Melayu, saya dah nampak peningkatan kefahaman mereka dalam keputusan ujian bulanan, alhamdulillah. Seronok rasanya melihat perkembangan positif ini. Begitulah perasaan seorang guru kan…Gembira jika anak didiknya berjaya dan berubah ke arah yang lebih baik..

gmbr-ramai22

Di akhir sesi, kami semua bergambar bersama-sama penceramah. Terima kasih Cikgu Edmund dan Edward…Sama-sama kita doakan moga anak didik SK Udin mampu meningkatkan prestasi UPSR tahun ini supaya tidak tergolong dalam SPR (Sekolah Prestasi Rendah) lagi. Amin….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s