TUGASAN BARU 2009..

safari-mbc

– Sebahagian murid SK Udin, Sarikei semasa Program Safari membaca 2008-

Alhamdulillah kesyukuran dirafa’kan kehadrat Allah SWT, kerana masih dipanjangkan dan diberikan peluang untuk terus menulis…Terpaksa juga mencuri masa untuk mencatat sesuatu….Sudah lama nak  update blog tapi tugasan dan bebanan di sekolah langsung tidak mengizinkan ku untuk menulis..

Hampir 2 bulan memulakan tugas untuk tahun ini dirasakan begitu cepat masa berlalu..Barulah ku menyedari bahawa tugas guru sangat mencabar..Tahun lepas tak terasa sangat memandangkan tugasan masih tak banyak…Tapi..tahun ni dah tak macam tahun lepas..Jawatan Setiausaha UPSR dan Guru Kelas Tahun 6…padaku sangat mencabar…kerana… dahla aku tiada pengalaman…maklumla baru saja mengajar tahun lepas…Tapi..amanah dan tanggungjawab yang diberi akan ku cuba sebaiknya…

pb121821 ni la sahaja murid-murid Islam di sekolahku yang comel dan ceria…

Selain mengajar P.Islam, aku juga ditugaskan untuk mengajar Bahasa Melayu…ustazah mengajar bahasa Melayu….hehe…terpaksalah..nak buat macam mana…penguasaan murid-murid di sekolahku (yang majoritinya   berbangsa Iban) dalam Bahasa Melayu sangatlah lemah…Sekolah kami termasuk dalam kategori prestasi rendah (SPR)…jadi aku dan rakan-rakan yang lain kena memikirkan sesuatu bagaimana untuk menaikkan prestasi sekolah yang masih lemah…

Ketika inilah kesabaran yang paling maksima diperlukan dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) terutamanya Bahasa Melayu…ada yang memang sangat lemah dan tidak dapat mengeja dengan betul walaupun dah tahun 6..Masya-Allah…Mungkin ada guru-guru yang pernah mengalami keadaan yang sama seperti aku…Doakanlah diri ini yang tiada pengalaman mampu mengendalikannya…Ada juga yang langsung tidak boleh membaca dalam kelas ni…tapi boleh menghafal…mungkin kelebihan Allah beri padanya dalam kuat ingatan..tapi, nak menulis dan mengeja langsung tak boleh…Pertama kali menghadap murid seperti ini..Allah sajalah yang tau…tapi aku perlu sabar kerana di sinilah bermulanya peranan guru untuk mendidik mereka hingga berjaya..termasuklah diriku…

Sahabat-sahabat semua…apa jua tugasan dan tanggungjawab kita….lakukanlah sebaiknya…Biarlah apa orang nak kata-kata…kadang-kadang orang lain susah nak terima pembaharuan yang kita buat..apatah lagi kita orang muda dan kurang pengalaman..tapi bersabarlah..kerana apabila natijah program atau pembaharuan yang kita lakukan nanti bagus dan berkesan…di situlah kemanisannya…begitulah dunia dakwah….awalnya memang pahit…tapi..yakinlah..dengan pertolongan Allah..pasti kita akan berjaya..

Maaf ye kalau isi entri kali ini agak kelam-kabut…Tapi mesej yang ingin disampaikan adalah untuk memberi motivasi kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain supaya tabah dan dan sabar dalam apa jua dugaan..

Di mana pun kita…Semenanjung ke..Sabah ke Sarawak ke…negara lain ke..ceruk dunia mana pun pasti ada cabarannya teruatamanya dalam dunia pendidikan..Ketika inilah aku teringat guru-guru yang telah bertungkus-lumus mengajarku semasa aku kecil dulu…terima kasih guru-guruku..kerana pada hari ini baru aku mengerti erti cabaran seorang pendidik seperti kalian………

4 thoughts on “TUGASAN BARU 2009..

  1. ridhauddin

    Salam ziarah kepada Ustazah Jamilah yang baik hati…. Semoga beroleh ketenangan dan kebahagiaan yang tulus dan murni di sana.. Ameeen

    1. jamilah82

      wslm….syukran ustaz ridha…seronok baca blog ustz…moga thabat dlm perjuangan…krm slm dgn zaujah dan aisyah solehah yang comel…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s