SYAWAL 1429H

Kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah kerana masih lagi kita dipanjangkan umur dan menikmati segala kurniaan dan pemberian Allah dengan tenang…Setelah melihat blog sahabat2 yg lain, ku kuatkan semangat untuk mencoretkan sesuatu di blog ini walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan yang tidak pernah akan habis…

– sesi bermaaf-maafan..(kak idah dan bapak)-

Syawal kali ini disambut dengan penuh kesyukuran namun masih dalam kesederhanaan..Pagi-pagi raya kami bermaaf- maafan sesama ahli keluarga selepas sarapan pagi. Sejurus selesai solat Aidilfitri kami sekeluarga terus menziarahi sanak-saudara terdekat. Anak-anak saudarala yang paling seronok beraya…Biasala kanak-kanak kan…

– di rumah pakcik saudara..-

– Abg Rizal sempat beceloteh dgn ank2 saudara…-

Di petang hari pula, kami berangkat ke Meru untuk meraikan Aidilftiri bersama anak-anak dan isteri arwah abg Rosli…Alhamdulillah, Allah masih beri kekuatan pada kami semua untuk meneruskan kehidupan walaupun tahun ini adalah pertama kali kami beraya tanpa arwah..

Teringat syawal pada tahun-tahun yang lalu, arwahlah yang paling bersemangat untuk menziarahi sanak-saudara dari pagi sampai malam…Kadang-kadang sampai letih dibuatnya. Kini barulah kami sedar dan faham rupa-rupanya tahun lepaslah tahun terakhir buat beliau untuk menziarahi sanak-saudara….

Kali pertama tahun ini kami menziarahi kubur arwah di Meru, Klang..Sayu hati ketika sampai di kawasan perkuburan pada Syawal tahun ni…Apatah lagi perasaan ibu dan ayah tersayang…Namun dikuat-kuatkan semangat kerana yang pergi tetap akan pergi….Allah lebih menyayanginya…Kehidupan perlu diteruskan..

– isteri dan anak2 arwah abg rosli..-

Seminggu pulang ke Semenanjung x terasa pun….terasa sibuk dengan macam-macam urusan..terasa cepatnya masa berlalu..tapi bila dah sampai Sarawak, terasa lambat pulak masa berlalu..menghitung hari nak balik Semenajung balik…itulah hakikat hidup…semangat perjuangan dlm kehidupan perlu diteruskan dalam bermujahadah melawan musuh diri kita…

Di sebalik kesedihan dan kesayuan pada tahun ini, kesyukuran tetap dirafa’kan kepada Yang maha Esa…Yang sentiasa memberikan kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi apa jua cabaran yang mendatang..Allah Maha Adil dan tidak akan menzalimi hamba-hambaNya..Cuma kadangkala kita ini terlalai dan terleka dan kurang mensyukuri nikmatnya…Kadang-kadang kita terasa tidak cukup pula…Justeru, ingin dikongsi cara-cara menyemaikan rasa sifat qana’ah dalam diri kita :

1) Sentiasa bersyukur dengan rezki Allah.

2) Sentiasa melihat orang yang lebih susah dan miskin dari kita.

3) Banyakkan bersedekah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin banyak rezki Allah beri balik.

– Jika kita berkira sangat dengan orang, nanti Allah pun berkira dengan kita juga..

4) Tunaikan kewajipan berzakat. Jika masih belum membayar zakat yang diwajibkan kepada kita, bersegeralah…zakat pendapatan, zakat simpanan, zakat perniagaan, dll…

– Kadang-kadang perkara seperti itu jika kita tidak memandangnya dengan serius, hati kita akan mudah berasa tidak cukup dan sentiasa tidak tenang..

5) Selalu berdoa moga Allah sentiasa memurahkan rezeki kita.

6) Sentiasa membaca ayat seribu dinar..

Wallhu a’lam..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

MAAF ZAHIR DAN BATIN…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s