MADRASAH RAMADHAN…

Hari ni masuklah hari ke tujuh berpuasa di perantauan. Yela jauh juga kan Sarawak ni. Tapi, dalam keadaan kemudahan teknologi dan pengangkutan, tidakla terasa sangat. Setakat ni pun alhamdulilah setiap kali cuti sekolah panjang x pernah tak balik…

Apa yang menarik ingin dikongsikan di sini ialah apabila persekitaran saya ramai kakitangan atau guru yang bukan Islam. Tetapi mereka hormat dengan orang Islam yang berpuasa. Mereka tidak makan di depan staf yang Muslim termasuklah seorang rakan serumah saya. Dia pun belajar berpuasa. Bila berbuka atau orang Sarawak kata, ‘bersungke’ dia pun berbuka juga. Dia pulak yang ‘excited’.Seronok sekali berpuasa bersama-sama.

Namun perkara yang membuatkan saya sedih ialah ada segilintir org Islam sendiri yang tidak berpuasa dan kurang menghormati Ramadhan. Ada yang tidak berpuasa dan tidak merasa apa-apa akan kehadiran Ramadhan. Na’uzubillah. Inilah realiti. Di kala orang Islam lain sibuk menggandakan amalan, masih ada yang begitu halnya. Moga mereka diberi hidayah oleh Allah Ta’ala..amin

Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud; “Bulan Ramadhan, awalnya maghfirah (keampunan), pertengahannya rahmah (kerahmatan) dan akhirnya dibebaskan dari azab api neraka”.

Kita masih lagi berada di fasa awal Ramadhan dan masih lagi berpeluang untuk mendapat sebanyak-banyak keampunan dari Allah Ta’ala…Begitulah seterusnya. Perjalanan hari-hari yang begitu cepat berlalu tanpa kita sedari kadang-kadang membuatkan kita tidak sedar fasa awal Ramadhan akan berlalu….dan kita akan bertemu fasa yang seterusnya.

Sama-samalah kita menghayati Ramadhan sebaiknya…moga madrasah Ramadhan kali ini dapat menyucikan hati kita. Beramallah kita seolah-olah inilah Ramadhan terakhir untuk kita. Pasti kita mampu mepersembahkan amalan yang terbaik di sisi Allah Ta’ala. Pengalaman menerima pemergian arwah abang secara tiba-tiba 4 bulan yang lalu benar-benar menguji kekuatan diri saya.  Tidak tersangka rupa-rupanya Ramadhan tahun lalu itulah Ramadhan terakhir untuknya di dunia dan Ramadhan kali ini kami sekeluarga sudah tidak dapat bersamanya lagi. Moga Allah memberi kerahmatan dan ketenangan abadi untuknya..amin

3 thoughts on “MADRASAH RAMADHAN…

  1. jamilah82

    w’slm..hannah…
    lama sgt x dgr khbr nt jg..
    nt sht?
    moga nt sht selalu..
    nt take care ye..
    doakan ana kt sini..
    nt msh aktif tulis blog x?
    teruskan menulis…
    selamat berpuasa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s