RAMADHAN DAN MERDEKA….

Salam Ramadhan buat semua sahabat2…Syukur tak terkira kerana berpeluang lagi menempuh bulan Ramadhan di kala negara kita sibuk menyambut kemerdekaan yang ke-51. Para Ulama’ terdahulu sangat gembira menyambut Ramadhan kerana inilah bulan yang dinanti-nantikan untuk beramal. Kedatangannya amat dirai dan pemergiannya pula akan ditangisi. Bagaimana pula dengan diri kita? Moga-moga kita pun begitu juga.

Barbagai respon yang akan atau biasa atau mungkin kita dengar mengenai kedatangan Ramadhan menggambarkan persediaan dirinya untuk menghadapi bulan yang barakah ini. Di antaranya ialah;

1) “Ya!Allah..dah nak bulan puasa la…x perasan pun..Cepatnya masa berlalu..”

– Begitu cepatnya masa berlalu sampai kita tidak sedar pun kedatangan Ramadhan. Sebagai orang Mukmin yang mencintai Ramadhan, sepatutnya kedatangan Ramadhan ini dinanti dan kita sentiasa menghitung hari dan rasa tak sabar sentiasa ada dalam diri seperti ulama’ terdahulu. Memang tak dapat dinafikan kesibukan urusan seharian membuatkan kita kadang-kadang terleka sehingga tak perasan kehadiran bulan Ramadhan yang barakah ini. Sama-samalah kita memperbaiki diri dan memperbanyakkan amalan yang dijanji pahala berganda…

2) “Bila ye puasa? esok?betul ke?tak tau pun….boleh ke tahun ni puasa penuh ya..yang tahun lepas pun tak ganti lagi..”

– Ini pun biasa juga terdengar. Astaghfirullah…Lantaran kesibukan dengan urusan dunia dan macam2 hal lagi, ada juga yang belum habis ganti puasa untuk tahun lepas. Terutamanya golongan perempuan lah..sebab biasa dapat ‘cuti dari Allah’ kan..Sesiapa yang masih lagi berhutang dengan Allah, cepat-cepatkanlah habiskan hutang tersebut sebab kita tak tahu bila masanya kita akan pergi. Yang dah habis ganti dan siap dapat puasa sunat, alhamdulillah…VERY GOOD!! Eloknya nak ganti puasa ni jangan tangguh2…habis bulan puasa je terus ganti.

3) “Eh! dah nak raya la…Baju raya dah siap belum?Kuih raya macam mana ye? nak buat ke nak ‘tunjuk’ ek”. Langsir ngan perabot nak tukar baru ke?”

– Ini pun biasa juga kita dengar. Tak salah untuk membuat persiapan   awal. Namun janganlah sampai berlebihan sehingga melebih-lebihkan sambutan raya berbanding beramal pada bulan Ramadhan. Sama-samalah kita muhasabah diri moga-moga Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik dan menjadi madrasah tarbiyyah untuk diri kita semua, Insya-Allah.

Mengenai bulan kemerdekaan pula, sama-samalah kita bersyukur kerana masih lagi dapat menikmati keamanan dan ketenangan di negara sendiri. Apa yang penting di sini ialah pengisian kemerdekaan yang ingin disemai dalam hati setiap generasi kita. Bukanlah dengan pergi ke konsert-konsert merdeka yang berunsur maksiat dan terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Sama-samalah menghormati kedatangan Ramadhan yang melatih kita untuk memerdekakan diri dari terbelenggu dengan godaan syitan dan nafsu syahwat. Insya-Allah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-51 DAN SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s