BAJET 2009 SUDAH PUN DIBENTANG…

Bajet 2009 sudah pun dibentangkan. Ramai yang ternanti-nanti berita gembira dari kerajaan. Ada yang puas hati dan ada yang tidak. Manakan tidak ada yang mengatakan bajet ini untuk kakitangan kerajaan sahaja. Siapa yang bekerja swasta tidak mendapat banyak faedah. Apa-apa pun, sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu diambil kira. Masih banyak lagi perkara yang rakyat tidak puas hati dalam suasana harga barang naik, harga petrol mahal (walaupun dah turun harga…tapi sikit je turunnya). Berikut adalah isi-isi belanjawan yang boleh dikongsi bersama.

Keselamatan sosial
* Tabung khas RM25 juta bantu keluarga hilang punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

* Kelayakan pendapatan bantuan kebajikan dinaikkan dari RM400 kepada RM720 sebulan (Semenanjung), RM830 (Sarawak) dan RM960 (Sabah).

Rebat cukai
* Rebat cukai dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah.

Pendapatan dari faedah ke atas simpanan individu dikecualikan cukai.

Bil elektrik
* Bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan dikecualikan bayaran berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

Elaun khas polis
* Elaun bayaran insentif khas anggota polis ditingkatkan kepada RM200 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Sara hidup nelayan
* RM180 juta untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan serta RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.

Pinjaman rumah
* Lanjut tempoh pinjaman perumahan kakitangan awam dari 25 tahun ke 30 tahun.

* Kemudahan pinjaman ubah suai rumah untuk rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman kerajaan.

* Pembeli rumah kos rendah diberi pengecualian penuh duti setem.

* Pembeli rumah pada harga sehingga RM250,000 dikecuali duti setem 50%.

Pengangkutan awam
* Laluan LRT baru sepanjang 42km dari Kota Damansara ke Cheras.

* Perkhidmatan rel komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd. dipertingkatkan.

* Membina terminal bersepadu di Bandar Tasik Selatan bagi kemudahan teksi dan bas antara bandar daripada kawasan selatan Semenanjung.

* Turunkan tol 50% bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh dua tahun bermula 15 September 2008.

Dikecualikan cukai jualan bagi pembelian bas baru yang dipasang dalam negara.

* Cukai jalan RM20 setahun bagi semua bas, teksi, kereta sewa dan limosin.

* Penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Bonus
* Sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi kakitangan awam.

* Dibayar dua kali pada September dan Disember ini.

Pencen
* Kakitangan kerajaan berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun menerima pencen tidak kurang RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Petani
* Peruntukan RM475 juta bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.

Elaun perjalanan
* Pengecualian cukai sepenuhnya kepada elaun perjalanan oleh majikan manakala pekerja yang menerima elaun perjalanan diberi pengecualian cukai sehingga RM2,400 setahun.

Elaun OKU
* Elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

* Elaun murid OKU di sekolah pendidikan khas ditambah daripada RM50 kepada RM150, sementara bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru.

Barangan pengguna
* Duti import beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada 10 peratus hingga 60 peratus kepada lima peratus hingga 30 peratus.

Cukai jalan
* Kadar cukai jalan kenderaan persendirian berenjin diesel individu dan syarikat sama dengan kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol berkuat kuasa 1 September 2008.

(DIPETIK DARI http://www.utusan.com.my-30 Ogos 2008)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s