MURID SAKIT SIRI (II)

Ku sambung cerita Manjan dimasukkan ke dalam wad  dan tindakan selepas itu ialah kami perlu memklumkan pada ibu bapa Manjan bahawa anak mereka telah dimasukkan ke dalam wad. Ibu bapa mereka tinggal jauh di rumah panjang di kawasan yang agak pedalaman. Memang tak dapat berhubung melalui talifon kerana tiada talian. Terpaksa kami memohon bantuan seorang lagi kakitangan sekolah untuk membantu kami ke rumah panjang tersebut.

 

 

Barulah ku tahu betapa teruknya jalan yang berbengkak-bengkok dan berbukit bukau di celah-celah pekat malam yang tiada lampu jalan. Allah saja yang tahu perasaan kami bagaimana. Jalan ke Ulu Sarikei kecil dan cukup untuk satu kenderaan sehala sahaja. Cukuplah untuk VIVA yang kami naiki itu. Kami kuatkan semangat untuk meredah hutan dan akhirnya kami sampai ke rumah panjang yang dituju.

 

 

Sampainya kami di rumah panjang, kelihatan wajah ibu bapa Manjan yang tidak mengerti apa-apa dan agak terkejut mendengar berita anaknya dimasukkan ke dalam wad. Ibunya terus bersiap dan berkemas ala kadar untuk menjaga anaknya di wad. Sempat ku perhati kawasan sekeliling rumah panjang tesebut kerana inilah kali pertama aku pergi ke rumah panjang anak muridku. Kelihatan mereka agak susah kerana tiada pengangkutan sendiri dan jauh dari bandar. Sebab itu kami perlu ke hospital semula untuk menghantar ibu Manjan pula.

 

 

Dalam perjalanan ke hospital, sempat  ibu Manjan bercerita bahawa mereka sudah biasa berjalan kaki dan menaiki basikal ulang-alik ke setiap minggu untuk menghantar dan menjemput anak mereka dari sekolah. Ku kira jauh juga mereka terpaksa berjalan. Syukur ku panjantkan pada Allah kerana menempatkanku di sekolah yang tidak jauh dari bandar walaupun ‘facilities’ di sekolah agak kurang. Duduk di rumah kuarters kayu dan juga mengajar di sekolah kayu. Aku masih bersyukur berbanding dengan rakan-rakanku dari Semenanjung yang lain yang terputus hubungan dengan orang lain kerana sekolah di kawasan pedalaman. Ada yang terpaksa menaiki bot ke sekolah ataupun berulang-alik melalui jalan merah yang tidak bertar. Inilah perjunagan seorang guru demi mendidik anak bangsa yang sangat memerlukan pendidikan.

 

 

Hampir pukul 10 barulah selesai semua urusan dan terasa perutku lapar sekali lantaran hamper seharian tidak diisi. Terpaksalah kami makan malam di luar dan inilah pertama kali makan di luar sepanjang tahun ini. Bukan apa, kawasan kami yang agak jauh bandar dan jalan yang tiada lampu sangat membahayakan kami untuk keluar untuk malam. Tapi bila dalam kecemasan semuanya jadi berani dan boleh pula kami lakukannya. Hampir pukul 11malam, barulah kami sampai di rumah dan melelapkan mata. Syukur ku panjatkan Ilahi kerana semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Apa yang ingin saya dikongsi dalam cerita ini ialah;

– Kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi sesuatu yang tidak dijangka.

– Berani melakukan sesuatu perkara yang baru.

– Allah sentiasa melindungi dan bersama-sama kita.

– Yakinlah, jika kita memudahkan urusan orang lain, pasti Allah akan memudhkan urusan

  kita kelak.

– Sabar dan tenanglah ketika menghadapi musibah.

– Bersyukur dengan apa yang ada, berusaha untuk mendapat yang terbaik dalam apa jua

  yang kita lakukan.

– Carilah sebanyak mungkin pengalaman di tempat orang. Pengalaman adalah guru yang

  amat berharga dan amat bernilai dalam hidup kita.

 

 

 

 

 

2 thoughts on “MURID SAKIT SIRI (II)

  1. jamilah82

    syukran akk sbb bg smgt..doakan sy kat sini ye..
    syukran jg sbb sudi ziarah blog saya…
    moga akak najah selalu…take care..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s