KENAPA SOLAT DIPANDANG ENTENG YE?

 

Assalamualaikum..Maafkan saya sahabat2..Dah 2 minggu tak update blog memandangkan kekangan masa dan tugasan di sekolah. Namun itu semua hanyalah alasan. Masa perlu dicari dan dicuri. Tidak boleh sibuk dijadikan alasan.

 

Saya tiba-tiba tertarik pada topik Solat. Nampak saja ’simple’ sebab semua orang tau solat dan mungkin kontroversi sikit sebab ada yang mengatakan solat itu hak peribadi.

Persekitaran saya di sini lain. Mungkin siapa-siapa yang pernah berada di situasi saya faham dan bersetuju dengan saya. Saya menjadi ’culture shock’. Kita sendiri kena sentiasa beringat apabila berada di golongan minoriti Islam. Ada segelintir Muslim yang mungkin mengatakan cukup sekadar pakai tudung tapi solat dipandang enteng. Saya menjadi muyskil. Mungkin ada sahabat2 yang biasa berdepan dengan situasi ini. Tapi pada saya, di sinilah cabaran kepada saya sebagai ustazah dan pendakwah. Agak sukar sedikit mengubah budaya dan adat sesuatu tempat. Kita perlu memahami keadaan mereka dan masukkan unsur-unsur Islam secara perlahan-lahan.

 

Di sinilah saya teringat ’step-step’ dakwah fardiyah yang pernah ku pelajari dan dipraktikkan semasa di kampus dulu. Beruntung rasanya dapat bersama-sama sahabat seperjuangan yang sama-sama memperjuangkan Islam suatu ketika dulu. Tetapi kini, saya tercampak jauh ke sini dengan berbekalkan sedikit ilmu dan berkat doa ibu dan ayah, saya perlu kuatkan semangat untuk menyelitkan unsur-unsur asas dan elemen cantiknya Islam dalam hidup kita pada mereka. Tak susah solat sebenarnya. Tak ambil masa yang lama pun. Tapi pada mereka yang tidak biasa dan sudah lama meninggalkan solat, rasa beratnya ya..ampun!…Sebab itulah ada intipati ayat Quran yang menyatakan; ”Sesungguhnya solat itu teramatlah berat kecuali orang yang benar-benar yang khusyu’.”

 

Kadang-kadang tidak boleh menyalahkan mereka kerana banyak faktor yang menyebabkan anak-anak muda ataupun golongan dewasa yang memandang enteng pada solat. Setelah saya membuat pemerhatian dan kajian, saya dapati faktor utama ialah kurang kesedaran agama. Sama ada pada pihak individu ataupun keluarga. Mereka tidak merasakan agama itu penting dalam hidup mereka. Hanya cukup sekadar beragama Islam, tapi penghayatan dan amalan dalam hidup mereka sangat kurang terutamanya solat.

 

Faktor kedua ialah kurang penekanan ibu dan bapa. Ada  segelintir ibu apa hanya menekankan kejayaan pencapaian akademik anak-anak. Sanggup berhabis duit untuk memastikan anak-anak mereka mendapat straigt A dalam peperiksaan. Namun hakikatnya, kejayaan itu adalah sementara. Kajayaan yang hakiki adalah melahirkan anak-anak cemerlang dalam pelajaran di dunia di samping penekanan dalam pencapaian kejayaan akhirat dan ilmu agama.

 

Faktor ketiga ialah faktor persekitaran. Ia termasuklah keluarga di rumah, kawan-kawan di sekolah dan di luar, dan masyarakat. Persekitaran mereka tidak menekankan kepada mereka langsung supaya mendirikan solat. Itulah permasalahan sekarang ini. Sedih juga melihat ramai anak muda seolah-olah tidak melihat kepentingan solat. Sanggup lagi mereka melepak bersama-sama rakan, bermain game (game komputer, PS3 ke Ps4 ke..dah semakin cepat berkembang sekarang ni…) dan bermacam2 lg…solat x sampai 5 minit pun begitu berat katanya….Ada yang kata x sempatla…dan macam2 lg…

 

Sebenarnya banyak lagi faktor lain…Mungkin ada masa nanti saya sambung..Kesimpulannya, kepada sesiapa yang tiada masalah untuk mengerjakan solat, alhmadulillah..apa yang perlu dilakukan ialah usaha untuk solat pada waktunya…Dan kepada yang solat, tetapi kadang tertinggal2…contohnya subuh ke….atau isya’ ke….sedar2 bangun dah subuh…atau sibuk dengan mcm2 kerja hingga terleka…usahalah untuk lengkapkan solat lima waktu itu. Dan kepada yang dulu pernah solat..Tapi dah lama sangat tak buat..sebab dah terbiasa tinggal solat…uslahalah untuk belajar dari guru-guru agama terdekat. Mereka sentiasa terbuka untuk mengajar anda…Berusahalah. Pintu hidayah sentiasa terbuka untuk anda..

 

Wallahu a’alam….

 

13 Julai 2008

7.00 pagi..

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s