ALLAH SAYANG KAMU!!

Assalamualaikum…

Maaf sahabat2 kerana sudah lama tidak meng’update’ bolg ini…memandangkan masalah line internet di sekolah dan kekangan tugasan dan masa. Namun kucuri juga masa yang ada supaya dapat terus menulis sesuatu untuk tatapan sahaba2 sekalian.

 

 

Melayani karenah anak2 murid yang pelbagai ragam menggugat kesabaran..Sebab itulah sesiapa yang ingin menjadi seorang guru, especially sekolah rendah, memang kena sabar dan niat yang pertama sekali mestilah kerana Allah. Jadi, apa-apa yang kita buat sehari-hari akan mendapat ketenangan dan kekuatan dari Allah Ta’ala.

 

Tiada catatan atau tajuk khas yang dapat dikongsi melainkan tazkirah santai untuk peringatan bersama.

 

Sahabat-sahabat…Tidaklah semua hari kita lalui dengan gembira kerana setiap hari akan ada ujian yang berbeza-beza. Gembira pun ujian, sedih pun ujian. Begitulah lumrah alam. Allah Maha Kuasa sentiasa memberikan kita kekuatan lantaran kita adalah insan yang sentiasa dikasihinya. Begitu bertuahnya kita kerana diuji kerana itulah tanda kita dingati dan disayangi Allah. Berbanding dengan kita langsung tidak diuji malah terus leka dengan mainan dunia. Saya menulis catatan ini ketika ingin menguatkan hati yang sedang diuji berbagai-bagai ujian. Manusia mana tidak diuji.

 

Allah ada berfirman yang intipatinya mengatakan bahawa kita akan sentiasa diuji kerana Allah ingin melihat samaada kita benar-benar beriman ataupun sebaliknya. Kita sama-sama boleh rujuk tafsiran surah al-ankabut ayat 1-3. Pada semua pejuang Islam, ayat inilah yang menjadi penawar hati apabila diuji. Moga kita sama-sama kuat dalam perjuangan di dunia masing-masing. Yang penting, hadaf kita sama iaitu ingin melihat Islam ini ditempat yang tertinggi.

 

Dunia akhir zaman ini Islam dianggap ’ghabrib’ iaitu pelik atau asing. Kerana datang nya jua adalah ’gharib’ namun masih boleh diterima oleh orang jahilyah lantaran tidak hentinya perjungan Rasulullah SAW menyampaikan Islam dan diwarisi oleh para sahabat, tabi’in, dan generasi seterusnya sehinggalah sekarang. Sebab itu kita perlu terus mempertahankan dan memperjuangkannya kerana itu adalah sunnah Rasulullah SAW. Teruskan perjuangan kalian dan sama-sama kita dekatkan diri dengan Allah kerana takut-takut ada dosa yang kita lakukan yang kita sedari atau tidak sedari yang menjadi penghijab amalan dan doa kita…Na’uzubillah…

 

 

17 Julai 2008

9.00 pagi..

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s