KORBAN & AQIQAH DI KEMBOJA 1431H



Assalamualaikaum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..

Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan dalam hidup kita, insya Allah..

Insya Allah Hari Raya Haji tahun ini saya dan suami akan balik ke kampung suami di Kompong Cham, Kemboja. Kami berhajat untuk menjadi wakil kepada sahabat-sahabat yang ingin melaksanakan Korban sempena Aidil Adha di sana manakala ibadah Aqiqah pula dilaksanakan sepanjang tahun.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, umat Islam Kemboja adalah dari keturunan Melayu-Champa dan mereka adalah golongan minoriti di sana dan majoriti di kalangan mereka adalah miskin dan tidak mampu membeli daging untuk dimakan kerana harganya yang mahal. Jadi, saya merayu kepada sahabat-sahabat sekiranya mempunyai rezeki yang lebih dan berhajat, bolehlah hubungi kami.

Berikut adalah butiran yang berkaitan;

INGIN BERIBADAH KORBAN & AQIQAH??

SERTAI KORBAN & AQIQAH DI KEMBOJA 1431H

KORBAN – 1 bahagian lembu – RM225 @   1 ekor kambing – RM440

AQIQAH – 1 bahagian lembu – RM240 @   1 ekor kambing – RM465

Diuruskan oleh :  An-Nur Hijrah Consultancy (001760142-X)

i)    Ustaz Hj. Mohd. Rizal bin Mokter

(Nazir Masjid Al-Amaniah, Gombak).

ii)   Ustaz Syafie bin Yusof (Sos Saphi Y)

(BA (Hons), Syariah, Universiti Al-Azhar)- berasal dari Kompong Cham, Kemboja.

Jika berminat, sila hubungi :

U.Rizal (012-3137770) & U.Syafie (019-6716550)

Sekian, terima kasih.

Bersama-samalah kita membantu umat Islam Kemboja…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.