PROGRAM WAQAF PERIGI DI KEMBOJA
02 Apr 2012 Leave a Comment
in Program Waqaf Perigi di Kemboja

Program Waqaf Perigi di Kemboja adalah program yang kami laksanakan sepanjang tahun selain Qurban dan Aqiqah di sana. Alhamdulillah, setakat ini sambutan dari rakan-rakan di Malaysia sangatlah menggalakkan dan setiap tahun penyertaan semakin meningkat.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, program waqaf ini dilaksanakan atas permintaan penduduk Islam di kampung suami (Kg.Potien, Kompong Cham) yang menyatakan kesukaran mendapat bekalan air yang bersih kerana tiada bekalan paip air disediakan di sana terutamanya kawasan-kawasan kampung. Mereka mewakilkan saya dan suami untuk memohon kepada mana-mana rakyat Malaysia yang dermawan dan berkelapangan rezki untuk membuat waqaf perigi di sana. Mereka tidak mampu membina perigi sendiri kerana kosnya sangat mahal pada mereka.
- Anak saya, Naufal (1 tahun 3 bulan) didokong oleh neneknya bergambar dengan wanita-wanita yang sudah berusia tetapi masih bekerja kuat menampi padi untuk mencari sesuap rezki dengan menyimpan bekalan beras untuk mereka gunakan selama 1 tahun dan disimpan di dalam stor di bawah rumah mereka -
Kebanyakan penduduk kampung tidaklah mempunyai pendapatan tetap. Mereka hanya bekerja kampung seperti bertani, menjual sayur-sayuran, mengusahakan sawah padi dan membawa motor teksi. Kebanyakan hanya mampu meraih 8000 rial ataupun RM8 sehari. Itupun jika mereka mempunyai pekerjaan tetap seperti membawa motor teksi. Banyak manala RM8 sehari. Ada juga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap seperti mengusahakan sawah padi. Mereka selalunya simpan untuk bekalan beras selama 1/2 atau 1 tahun. Itu pun bergantung kepada hasil tuaian sawah padi mereka. Saya juga melihat sendiri mereka makan pun ala kadar dan memang tidak semewah kita.
Cuba bayangkan harga barang-barang dapur sama harga seperti kita di Malaysia. Tetapi harga daging dan ayam memang mahal. Kalau daging saja 1kg dah RM28 dan ayam pula 1kg RM13. Bagaimana mahu membeli lauk-lauk untuk makan sedangkan gaji mereka 1 hari hanyalah RM8.00. Memang mereka tak mampu…Itulah realiti kehidupan saudara seagama kita di sana.
- Inilah jalan utama di Kg.Potien, Kompong Cham…masih tanah merah dan sangat berdebu dan suasana menjadi teruk apabila angin kuat bertiup sehingga rumah-rumah di tepi jalan semuanya menjadi warna merah terkena debu yang berterbangan -
- Lihatlah..masih wujud lagi insan yang seagama dengan kita tinggal di pondok usang lantaran kesempitan hidup…sayu hati saya melihat mereka tabah dan kuat menghadapi ujian ini -
Bermula dengan pembinaan perigi pertama yang kami uruskan di sana pada tahun 2010, sangatlah menggembirakan penerima waqaf perigi tersebut iaitu seorang nenek tua, Puan Maryam yang tinggal bersama anak dan cucu-cucunya. Sebelum ini, mereka terpaksa menumpang perigi jiran sebelah untuk mengangkut air ke atas rumah dan kegunaan harian yang lain.
- Bantuan perigi pertama yang kami uruskan di sana, alhamdulillah siap dalam masa 2 minggu -
Begitulah seterusnya dengan perigi-perigi lain yang dibina di sekolah-sekolah tahfiz &agama dan di kampung-kampung yang berdekatan.
Saya menyeru kepada insan-insan di luar sana yang mempunyai kelapangan rezeki, bolehlah bersama-sama membantu umat Islam di Kemboja demi meningkatkan syiar Islam di sana yang umat Islamnya hanyalah masyarakat minoriti. Jika terdapat sebarang persoalan dan berminat untuk menyertai projek waqaf perigi ini, bolehlah hubungi kami di talian 019-3412286 (Ustaz Syafie @Sos Saphiy). Jangan risau, suami saya fasih berbahasa Melayu
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini dan boleh share maklumat ini kepada sahabat-sahabat yang lain, insya Allah…
TIPS MERANCANG KEWANGAN ANDA..
10 Feb 2012 Leave a Comment
Dalam menguruskan kewangan, perancangan perbelanjaan secara bijak sangat penting, tidak kira anda berpandapatan besar atau kecil. Jika salah percaturan anda mungkin melakukan kesilapan seperti terlalu banyak berhutang, lewat membayar bil dan tidak mempunyai simpanan untuk masa depan. Kesilapan seumpama ini boleh dielakkan dengan mengawasi tabiat berbelanja anda. Dengan harga barang dan minyak yang meningkat, dan membebankan anda. Rancang perbelanjaan yang bijak. Semoga tip ini membantu anda :
1. Tentukan matlamat kewangan.
Matlamat kewangan perlulah menggambarkan perkara yang ingin anda kecapi dengan wang anda dalam satu jangka masa tertentu. Dengan penetapan matlamat ini, ia akan membantu anda memahami nilai sebanar wang dan menggalakkan untuk anda berbelanja dengan lebih bijak.. Tetapkan jangka masa sama ada pendek, sederhana, panjang. rancang apa yang ingin anda lakukan sama ada.

• Membeli rumah atau kereta
• Membina keluarga
• Menabung untuk pendidikan anak
• Menyimpan wang untuk kegunaan selepas bersara.
2. Jejaki aliran keluar wang anda
Selepas matlamat kewangan ditentukan, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik dan terancang agar matlamat yang yang diba mudah tercapai. Ingat matlamat yang dibuat dalam masa jangka terdekat bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi bagi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini anda boleh mengetahui.
• Bagaimana dan kemana anda membelanjakan wang anda?
• Berapa jumlah hutang anda pada setiap bulan?
• Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan?
• Berapa jumlah wang yang dibuat tabungan pada setiap bulan?
3. Nilai Tabiat berbelanja anda
Sekiranya anda mendapati wang anda tidak berbaki pada penghujung setoap bulan, sudah tiba masanya anda memulakan penilaian terhadap tabiat berbelanja anda. Teliti semula semua perbelanjaan dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang benar-benar diperlukan atau sekadar memenuhi kehendak anda sahaja.
• Menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa.
• Memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama.
• Hutang lebih besar dari pendapatan bulanan.
• Membeli sesuatu tanpa memikirkan sama anada mampu atau tidak.
• Mengeluarkan wang simpanan untuk membeli barangan berjenama dan sekadar memenuhi kehendak.
4. Tulis rancangan perbelanjaan anda.
Pelan perbelanjaan mampu membantu anda dalam merancang kewangan. Melaluinya anda boleh mengesan ke mana wang anda dibelanjakan. Seterusnya mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan berikut:-

• Tentukan jumlah pendapatan bulanan anda.
• Pastikan jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain-lain
• Asingkan sejumlah wang bagi tujuan kecemasan dan perbelanjaan bermusim seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain.
Terima kasih kepada penulis sebenar. Sumber dipetik daripada :
http://istimewa2u.blogspot.com/2008/06/tip-merancang-perbelanjaan-anda.html
10 TANDA ANAK BIJAK
18 Jan 2012 Leave a Comment
in Tips Untuk Ibu dan Bakal Ibu
Setiap ibu bapa akan berbangga jika dianugerahkan anak yang bijak, lebih-lebih lagi genius. Walaupun demikian, di mata ibu bapa, semua anak-anak mereka adalah bijak. Biar pun bukan semua anak dianugerahkan bakat untuk menjadi seorang yang Genius, namun masih terdapat beberapa panduan untuk mengukur sejauh mana bijaknya anak-anak anda.
10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :-
1. Mengekalkan Maklumat
Jika kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain.
Minda kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
2. Minat yang meluas
Minda anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah seterusnya.

3. Membaca dan Menulis di awal usia
Anak anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.
4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik
Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.
5. Menunjukkan Konsentrasi
Kanak-kanak biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan konsentrasinya terhadap sesuatu.
6. Mempunyai ingatan yang baik
Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.
7. Susun kata yang maju berbanding usia
Kanak-kanak yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.
Misalnya anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?
8. Memberi perhatian yang terperinci
Kanak-kanak yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu berubah kedudukan dan sebagainya.
9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya
Kanak-kanak di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah dirinya.
10. Memahami konsep yang rumit
Kanak-kanak yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit, melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak.
Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.
p/s – Berbanggalah dengan anak-anak anda. Semua kanak-kanak adalah bijak, terpulang kepada kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkannya.
Terima kasih kepada penulis sebenar atas perkongsian yg sgt informatif.
GENAPLAH 2 TAHUN USIA PERKAHWINAN KAMI…ALHAMDULILLAH..
02 Dec 2011 Leave a Comment
Alhamdulillah, syukur atas nikmat kasih sayangMu Ya Allah..031211-genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami dan semakin lengkaplah hidup kami bila Ummi dan Naufal dah kembali terus ke Semenanjung…Doakan moga usrah kami sentiasa dilimpahi kasih sayang yang berkekalan hingga ke syurga dan sentiasa di bawah lindungan payung Allah…Masih jauh lagi perjalanan yang perlu kami tempuhi…Terima kasih abg (Syafie Yusof) ats kesabaranmu…
- Perkembangan usrah kami, alhamdulillah…-
Bila dikenang balik, rasanya baru saja bernikah dan masih lagi sessi bertaaruf dgn suami…Kami sgt bersyukur dgn perkahwinan ini especially bila dikurniakan seorang putera yang comel iaitu Muhammad Naufal Zuhaili bin Syafie…kira anak kacukan la ni..kacukan Jawa dan Kemboja..hehe..
- Koleksi gambar si comel dari hari kelahirannya hingga 1 tahun -
Sekarang Naufal dah 1 tahun 3 bulan….macam2 yg die dah boleh buat…boleh tahan juga lasak die..Mula-mula balik semenanjung memang ambil masa nak rapat dengan ayahnya…tapi alhamdulillah sekarang dah ok…moga anak ummi terus membesar dengan sihat dan ceria….moga jadi anak yang soleh, bijak pandai dan jadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara…Pada saya, tanggungjawab saya sgt besar untuk mendidiknya dgn baik kerana Naufal dah besar nanti punya tanggungjawab pada 2 negara…di Malaysia dan juga Kemboja, kampung ayahnya yang penuh dgn kedhaifan…Naufal mempunyai sepupu-sepupu di sana yang hidup serba kekurangan…
- Kenangan Naufal bersama sepupu2 nya tahun lalu -
Insya Allah, tahun ini kami akan pulang ke Kemboja berjumpa keluarga suami di sana pada 17hb Disember ini hingga 27 Disember 2011..Doakan perjalanan kami dimudahkan dalam mengeratkan ukhwah dan silaturrahim antara kami. Bila jauh ni 1 tahun sekali baru dapat balik memandangkan kekangan masa dan kewangan. Moga kami pulang pada tahun ini dapat terus mengubat kerinduan atuk dan nenek di sana untuk berjumpa dengan cucu mereka yang sudah berlari ini…
Sekadar ini coretan saya sempena hari ulangtahun perkahwinan kami..Lama sangat saya tidak update blog ini sedangkan berdasarkan statistik pengunjung blog saya semakin ramai dan sudah pun mencapai 16000 lebih…Itu pun sudah mencapai kejayaan yang besar bagi saya dan kepada semua pengunjung2 blog, terima kasih kerana sudi membaca blog saya dan ia akan terus membakar semangat saya untuk terus berkongsi…insya Allah..
KORBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA 1432H
03 Oct 2011 2 Comments
in korban dan aqiqah di kemboja

PROGRAM KHAS SEMPENA HARI RAYA EIDULADHA 1432H
ANJURAN AN-NURHIJRAH CONSULTANCY
IBADAH AQIQAH DI KEMBOJA 1432H
Assalamualaikum wrtb..
Umat Islam Melayu Champa adalah kumpulan minoriti Islam di Kemboja yang masih hidup dalam serba kedhaifan dan kekurangan. Jadi, sempena Eiduladha yang bakal menjelma ini kami memberi peluang kepada semua untuk melakukan ibadah Korban dan Aqiqah. Program khas ini bertujuan untuk membantu umat Islam yang fakir dan miskin di Kemboja. Ini akan dilakukan pada Hari Raya Eiduladha ini. Berikut adalah butiran berkaitan :
IBADAH AQIQAH
1 BAHAGIAN LEMBU (RM240)
1 EKOR KAMBING (RM465)
IBADAH QURBAN
1 BAHAGIAN LEMBU (RM230)
1 EKOR KAMBING (RM440)
Jika berminat, boleh hubungi :
1) Ustaz Mohd. Rizal Mokter (012-3137770)
(Imam Masjid Al-Amaniah, Gombak)
2) Ustaz Syafie bin Yusof @ SOS SAPHI Y (017-4847621)
(BA (Hons) Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir , berasal dari Kompong Cham, Kemboja)
3) Ustazah Jamilah binti Mokter (019-8248274)
(BA (Hons) Fiqh dan Usul Fiqh, UIAM)
Cara pembayaran :
Boleh bank-in ke :
1) Akaun Maybank (562405701825)(An Nur Hijrah Consultancy)
Bersama-samalah membantu umat Islam Kemboja…
Sekian, terima kasih…

























Sebarang komen dan kritikan amatlah dialu-alukan untuk penambahbaikan..