PERSEDIAAN BAKAL IBU DAN AYAH SEBELUM KELAHIRAN PERMATA HATI

Saya ingin kongsikan beberapa persediaan penting yang perlu bakal ibu dan ayah  lakukan sebagai persiapan untuk menyambut si comel yang sudah lama dinanti-nantikan ‘especially’ kawan-kawan saya yang sedang ‘pregnant’ sekarang ini.

1)      Persediaan Kewangan

Persediaan kewangan untuk menyambut si comel memerlukan perancangan dan persiapan yang rapi mengikut kemampuan supaya kelengkapan dan peralatan penting dapat disediakan. Banyak perkara yang perlu difikirkan terutamanya mengenai barang-barang dan keperluan ibu dan bayi, pemilihan hospital swasta atau kerajaan, penjagaan ibu selepas bersalin dan banyak lagi. Perbincangan dengan kedua pihak suami dan isteri sangat penting supaya masing-masing dapat mengetahui kedudukan kewangan masing-masing dan dapat berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan.

2)      Persediaan Kesihatan dan fizikal.

Kesihatan ibu yang mengandung sangat penting untuk dijaga supaya bayi di dalam kandungan membesar dengan sihat dan aktif. Makanan yang mempunyai khasiat dan sumber zat vitamin yang tinggi sangat penting untuk diambil terutamanya di awal kandungan. Ada yang mengalami alahan yang teruk dan ada juga yang langsung tidak mengalami apa-apa masalah di awal kandungan hingga bersalin. Para suami perlu sentiasa mengambil berat terhadap kesihatan isteri dan banyak membantu meringankan tugasan isteri di rumah seperti memasak, sidai baju dan sebagainya. Ini kerana si isteri yang mengandung biasanya cepat letih terutamanya di trimester yang ke-3.

3)      Kerjaya- jangan bebankan diri dengan kerja yang berat.

Bakal ibu masih lagi perlu bekerja seperti biasa walaupun sudah berbadan dua lantaran amanah yang telah ditanggungjawabkan. Walaubagaimanapun ketika ini perlulah dikurangkan bebanan kerja dan dikehendaki banyak berehat. Bukanlah sampai tidak buat kerja langsung tetapi kerja yang diberi bersesuaian dengan keadaan kesihatan si ibu mengandung. Pengalaman saya semasa mengandung baru-baru ini ketika berlangsung acara Sukan Sekolah, saya ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis perasmian dan pengulas sukan. Pada saya, tugas ini tidaklah berat kerana saya hanya perlu duduk di pentas utama berbanding tugasan lain yang memerlukan berdiri di tengah panas di padang menguruskan murid-murid.

- Sedang seronok menjadi pengulas sukan sekolah semasa mengandungkan Naufal 7 bulan, so sweet memory -

4)      Lakukan rutin harian seperti biasa.

Rutin harian sebagai isteri tetap perlu diteruskan di rumah. Bukanlah istilah banyakkan berehat semasa mengandung boleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan apa-apa kerja dan makan dan tidur sahaja. Cuma kurangkan melakukan aktiviti yang lasak dan kerja-kerja yang agak berat dan mintalah bantuan anak-anak yang sudah besar ataupun dari suami tersayang. Alhamdulillah saya beruntung kerana mendapat suami yang rajin turun dapur dan faham keadaan isteri yang cepat letih terutamanya semasa mengandung.

5)      Membeli peralatan dan kelengkapan bayi.

Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri mengenai waktu bilakah yang sesuai untuk membeli peralatan dan kelengkapan bayi. Ada yang berpandangan elok beli dari awak sikit-sikit supaya ketika masa hampir bersalin nanti tidaklah perlu lagi berjalan-jalan di ‘Shopping Mall’ dalam keadaan perut dah memboyot.

Apa-apa pun terpulang kepada kesempatan masing-masing dan eloklah beli sikit-sikit tapi janganlah beli terlalu awal. Pada saya, masa yang sesuai ialah selepas 6 bulan ke atas kerana ada bayi yang sudah keluar seawal 7 bulan. Pengalaman saya untuk bayi yang pertama baru-baru ini memang saya beli ‘last minute’. Senarai barang-barang yang perlu dibeli jangan lupa dibawa supaya mudah untuk membeli-belah. Jangan beli terlampau banyak kerana biasanya rakan-rakan dan keluarga akan memberi hadiah nanti.

6)      Memilih hospital.

Pemilihan hospital dari awal lagi juga sangat penting dengan mengambil kira faktor kewangan, lokasi dari rumah atau tempat tinggal, keselesaan, pemilihan doktor lelaki atau perempuan dan sebagainya.

Hospital kerajaan dan swasta masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Anda bebas memilih untuk keselesaan si ibu dan juga si comel yang sudah tidak sabar-sabar melihat dunia baru. Eloklah membuat perbandingan dan pergi ‘survey’ sendiri supaya mudah pada hari mahu bersalin nanti.

7)      Berbincang dengan ibu dan ibu mertua.

Hal ini nampak saja remeh tetapi perbincangan perlulah dilakukan oleh kedua belah pihak supaya tidak berlaku perebutan siapa yang mahu menjaga si isteri ketika berpantang nanti. Keselesaan si isteri yang baru bersalin juga perlu diambil kira. Berbincanglah secara baik dan terangkan kepada ibu atau si ibu mertua supaya salah seorang dari mereka tidak berkecil hati.

Semoga tips dan panduan ini boleh dijadikan panduan untuk kita semua…

About these ads

About jamilah82

Lulusan Pengajian Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Usul Fiqh), mengambil kursus KPLI 2007 dan sekarang... sedang berkhidmat sebagai guru agama di Sentul, Kuala Lumpur... sudah berkahwin dengan suami tersayang, Syafie bin Yusof pada 3 Disember 2009..

Posted on December 14, 2010, in Tips Untuk Ibu dan Bakal Ibu. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Perasaan bercampur baur apabila doktor mengatakan bahawa isteri saya telah mengandung. Alhamdulilah. Syukur kepada Allah. Moga segalanya berjalan lancar hendakNya. :)

    p.s : pada komen ini ditulis, usia kandungan adalah 14 minggu :). Doakan pada kami berdua :)

    • alhamdulillah….moga segalanya berjalan lancar..suami kena byk support isteri..especially di awal kandungan..lagi2la bila isteri kena alahan yg teruk..apa-pun, moga Allah memberi kebahagiaan kepada kalian berdua sehingga ke syurga..moga kehadiran bakal permata akan menambahkan lagi kasih sayang usrah kalian..amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: