10 TANDA ANAK BIJAK
18 Jan 2012 Leave a Comment
in Tips Untuk Ibu dan Bakal Ibu
Setiap ibu bapa akan berbangga jika dianugerahkan anak yang bijak, lebih-lebih lagi genius. Walaupun demikian, di mata ibu bapa, semua anak-anak mereka adalah bijak. Biar pun bukan semua anak dianugerahkan bakat untuk menjadi seorang yang Genius, namun masih terdapat beberapa panduan untuk mengukur sejauh mana bijaknya anak-anak anda.
10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :-
1. Mengekalkan Maklumat
Jika kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain.
Minda kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
2. Minat yang meluas
Minda anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah seterusnya.

3. Membaca dan Menulis di awal usia
Anak anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.
4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik
Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.
5. Menunjukkan Konsentrasi
Kanak-kanak biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan konsentrasinya terhadap sesuatu.
6. Mempunyai ingatan yang baik
Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.
7. Susun kata yang maju berbanding usia
Kanak-kanak yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.
Misalnya anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?
8. Memberi perhatian yang terperinci
Kanak-kanak yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu berubah kedudukan dan sebagainya.
9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya
Kanak-kanak di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah dirinya.
10. Memahami konsep yang rumit
Kanak-kanak yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit, melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak.
Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.
p/s – Berbanggalah dengan anak-anak anda. Semua kanak-kanak adalah bijak, terpulang kepada kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkannya.
Terima kasih kepada penulis sebenar atas perkongsian yg sgt informatif.
GENAPLAH 2 TAHUN USIA PERKAHWINAN KAMI…ALHAMDULILLAH..
02 Dec 2011 Leave a Comment
Alhamdulillah, syukur atas nikmat kasih sayangMu Ya Allah..031211-genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami dan semakin lengkaplah hidup kami bila Ummi dan Naufal dah kembali terus ke Semenanjung…Doakan moga usrah kami sentiasa dilimpahi kasih sayang yang berkekalan hingga ke syurga dan sentiasa di bawah lindungan payung Allah…Masih jauh lagi perjalanan yang perlu kami tempuhi…Terima kasih abg (Syafie Yusof) ats kesabaranmu…
- Perkembangan usrah kami, alhamdulillah…-
Bila dikenang balik, rasanya baru saja bernikah dan masih lagi sessi bertaaruf dgn suami…Kami sgt bersyukur dgn perkahwinan ini especially bila dikurniakan seorang putera yang comel iaitu Muhammad Naufal Zuhaili bin Syafie…kira anak kacukan la ni..kacukan Jawa dan Kemboja..hehe..
- Koleksi gambar si comel dari hari kelahirannya hingga 1 tahun -
Sekarang Naufal dah 1 tahun 3 bulan….macam2 yg die dah boleh buat…boleh tahan juga lasak die..Mula-mula balik semenanjung memang ambil masa nak rapat dengan ayahnya…tapi alhamdulillah sekarang dah ok…moga anak ummi terus membesar dengan sihat dan ceria….moga jadi anak yang soleh, bijak pandai dan jadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara…Pada saya, tanggungjawab saya sgt besar untuk mendidiknya dgn baik kerana Naufal dah besar nanti punya tanggungjawab pada 2 negara…di Malaysia dan juga Kemboja, kampung ayahnya yang penuh dgn kedhaifan…Naufal mempunyai sepupu-sepupu di sana yang hidup serba kekurangan…
- Kenangan Naufal bersama sepupu2 nya tahun lalu -
Insya Allah, tahun ini kami akan pulang ke Kemboja berjumpa keluarga suami di sana pada 17hb Disember ini hingga 27 Disember 2011..Doakan perjalanan kami dimudahkan dalam mengeratkan ukhwah dan silaturrahim antara kami. Bila jauh ni 1 tahun sekali baru dapat balik memandangkan kekangan masa dan kewangan. Moga kami pulang pada tahun ini dapat terus mengubat kerinduan atuk dan nenek di sana untuk berjumpa dengan cucu mereka yang sudah berlari ini…
Sekadar ini coretan saya sempena hari ulangtahun perkahwinan kami..Lama sangat saya tidak update blog ini sedangkan berdasarkan statistik pengunjung blog saya semakin ramai dan sudah pun mencapai 16000 lebih…Itu pun sudah mencapai kejayaan yang besar bagi saya dan kepada semua pengunjung2 blog, terima kasih kerana sudi membaca blog saya dan ia akan terus membakar semangat saya untuk terus berkongsi…insya Allah..
KORBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA 1432H
03 Oct 2011 2 Comments
in korban dan aqiqah di kemboja

PROGRAM KHAS SEMPENA HARI RAYA EIDULADHA 1432H
ANJURAN AN-NURHIJRAH CONSULTANCY
IBADAH AQIQAH DI KEMBOJA 1432H
Assalamualaikum wrtb..
Umat Islam Melayu Champa adalah kumpulan minoriti Islam di Kemboja yang masih hidup dalam serba kedhaifan dan kekurangan. Jadi, sempena Eiduladha yang bakal menjelma ini kami memberi peluang kepada semua untuk melakukan ibadah Korban dan Aqiqah. Program khas ini bertujuan untuk membantu umat Islam yang fakir dan miskin di Kemboja. Ini akan dilakukan pada Hari Raya Eiduladha ini. Berikut adalah butiran berkaitan :
IBADAH AQIQAH
1 BAHAGIAN LEMBU (RM240)
1 EKOR KAMBING (RM465)
IBADAH QURBAN
1 BAHAGIAN LEMBU (RM230)
1 EKOR KAMBING (RM440)
Jika berminat, boleh hubungi :
1) Ustaz Mohd. Rizal Mokter (012-3137770)
(Imam Masjid Al-Amaniah, Gombak)
2) Ustaz Syafie bin Yusof @ SOS SAPHI Y (017-4847621)
(BA (Hons) Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir , berasal dari Kompong Cham, Kemboja)
3) Ustazah Jamilah binti Mokter (019-8248274)
(BA (Hons) Fiqh dan Usul Fiqh, UIAM)
Cara pembayaran :
Boleh bank-in ke :
1) Akaun Maybank (562405701825)(An Nur Hijrah Consultancy)
Bersama-samalah membantu umat Islam Kemboja…
Sekian, terima kasih…
ERTI HARI GURU
13 May 2011 Leave a Comment
in tazkirah
Sudah hampir 4 tahun diriku menjadi insan bergelar guru….Cabaran semakin mencabar apatah lagi mengajar di kawasan luar bandar…Nak dikatakan pedalaman tidak boleh juga sebab masih lagi cukup kemudahan asas seperti air dan elektrik…yg bermasalah cuma line ‘telepohone’…itupun alhamdulillah la masih dpt menghubungi insan yang tersayang wlopun hanya 1 atau 2 ‘bar’ sahaja…Dan tahun ini adalah tahun ke-4 saya menyambut hari guru. Moga ianya terus memberi semangat untuk saya terus mendidik anak bangsa walaupun terpaksa berkorban berjauhan dengan suami ketika ini. Namun doa tetapku panjatkan moga pengorbanan ini berbaloi apabila melihat anak-anak didikku menjadi insan yang berguna dan berakhlaq serta berjasa kepada agama, bangsa dan negara suatu hari nanti…
Berbalik kepada persoalan hari guru, tugas guru adalah tugas yang mulia…kita menjadi seperti kita hari ini juga adalah kerana hasil didikan barisan guru dari kita sekolah tadika sehingga habis belajar di universiti. Saya ingin ambil semula isi penting dari blog ini juga dalam tajuk, “Mu’allim, Murabbi dan Muaddib..”
Sebenarnya, guru bukan sekadar mua’llim saja malah konsep yang sebenarnya dalam Islam ialah guru juga sebagai Muaddib, Murabbi, Mudarris…Peranannya nampak sama saja iaitu mengajar…namun hakikat yang sebenarnya ialah muaddib ialah pendidik yang mengajar mengenai akhlah dan sakhsiah murid..begitu juga mudarris sebagai pengajar ilmu yang dikuasainya….selain murabbi….yang memberi tarbiyah kepada anak didik dari segi ruhani dan jasmani..
Sebagai muhasabah untuk diri sendiri juga, saya selalu memikirkan sejauh mana saya menjalankan amanah yang telah digalas selama ini..Untuk mengajar memang senang, tetapi untuk membentuk akhlaq murid sangat memerlukan masa…dan tidak boleh putus asa..Kesabaran dan peringatan yang berterusan sangatlah perlu dalam mentarbiyyah anak-anak murid kita.
Kepada semua sahabat-sahabatku yang bergelar guru termasuk suamiku yang tersayang yang juga bergelar pendidik di sebuah sekolah tahfiz swasta di ibu kota, laksanakanlah amanah dengan seikhlas hati….Hanya guru yang ikhlas dapat melahirkan anak didik yang berjaya dan berguna serta mengamalkan apa yang dipelajari..
DETIK-DETIK MEMBESARKAN NAUFAL…
01 May 2011 Leave a Comment
in Anakku..
Salam sahabat-sahabat yang bergelar ibu dan bakal bergelar ibu atau pun masih menanti-nanti zuriat….Saya tertarik untuk menulis sesuatu setelah sahabat baik saya, Suhana Basery berkongsi pengalamannya dalam FB menantikan zuriat tercinta, Zahra selama 4 tahun..saya amat memahami perasaannya kerana bukan mudah untuk menghadapi persoalan-persoalan dari orang lain tentang bila ingin memndapat zuriat..
Berlainan dengan saya, alhamdulillah bila berkahwin terus saja disahkan hamil dan itulah berita gembira yang dinanti-natikan bagi semua pasangan yang baru berkahwin dan teringin sangat nak dpt anak…Melalui detik-detik awal kehamilan bersama suami sangatlah mendebarkan..namun sokongan dari suami sentiasa memberi kekuatan pada diri ini…namun detik perpisahan apatah lagi baru saja mengandung 3 bulan, terpaksa pula berjauhan lantaran tugasan suami di semenanjung sangatlah menyedihkan..namun kekuatan dari Allah itulah sebuah keajaiban dan saya dapat melaluinya…
Detik-detik kelahiran putera tersayang, alhamdulillah tiada masalah..syukur padaMu Ya Allah..ujian bermula apabila si kecil kuat menangis dan selalu kembung malam…memang mencabar apabila rutin mula berubah sekelip mata dan tidur pun tidak cukup..Itulah fitrah dan lumrah seorang ibu kerana suatu ketika dulu, ibu kesayangan kita juga telah membesarkan kita dengan suasana yg sama…Allah itu Maha Adil kan?
Sempat 3 bulan setengah saja membesarkan Naufal bersama suami terus saja terbang ke Sarawak. Bermulalah cabaran baru membesarkan anak seorang diri tanpa suami & keluarga…mujur rakan-rakan di sini byk membantu especially Kak Dayang (jiran sebelah) & Biyah (kwn serumah yg juga tinggal berjauhan dgn suami)…
Naufal jarang sakit dan demam..pas cucuk byk kali pun alhamdulillah x pernah demam..saya diuji di kala tinggal berseorangan dengan Naufal saja di rumah dan orang lain semua sedang bercuti..Naufal demam panas pada waktu malam…dan saya sgt panik…kerana dia menangis sahaja…mujur ada rakan sekerja, Cikgu Lily sanggup jemput kami dan hantar naufal ke klinik…dalam 4 hari, baru demamnya surut…dan terus keluar ruam2 merah…rupa-rupanya doktor kata, ruam2 tu sbg tanda demam dia dh pulih dan kpd shbt2 yg blm pernah melalui situasi ni, jgn panik k…
Setelah seminggu Naufal tidak sihat, alhamdulillah semalam Naufal dah aktif&senyum semula..Saya sangat merindui saat Naufal gembira bermain ketika dia demam…sedih sangat melihat wajahnya yg lemah…namun itulah lumrah hidup kita…ada masa kita sihat dan ada masa kita sakit…
Sahabat-sahabat tolong doakan saya & Naufal dpt blk Semenanjung supaya family kecil ini dpt bersatu semula…sekarang ni Allah masih belum izinkan walaupun saya dah dok Sarawak ni hampir 4 tahun…hanya Allah saja yg tahu apa yg terbaik untuk kita kan…saya takkan putus asa dan berdoa…saya kena dan mesti kuat….























Sebarang komen dan kritikan amatlah dialu-alukan untuk penambahbaikan..